Qatar 2022: Enggan ‘Bungkus’ Awal, Hansi Flick Mahu Jerman Kalahkan Sepanyol

Hansi Flick

Selepas diaibkan oleh Jepun dalam perlawanan pertama sekali gus meletakkan mereka dalam posisi bahaya, pengendali Jerman, Hansi Flick mahukan anak-anak buahnya kembali bangkit dalam aksi kedua bertemu Sepanyol.

Dengan potensi akan disingkirkan seawal dua perlawanan, Jerman kini berdepan tugas sukar apabila bertemu Sepanyol yang cemerlang membelasah Costa Rica dalam aksi pertama dengan jaringan 7-0.

Oleh itu, Flick mahukan para pemainnya menunjukkan karektor yang sebenar dan tonjolkan kehebatan mereka sebagai juara dunia empat kali.

“Pada saya, ianya amat penting untuk kami tonjolkan karektor kami pada Ahad ini menentang Sepanyol.

“Kami cuba untuk berlaku positif dalam hal ini kerana kami berasa yang pasukan ini adalah pasukan yang baik,” kata Flick.

Flick juga berkata yang adalah penting untuk Jerman memanjangkan ‘nyawa’ mereka sehingga ke perlawanan terakhir kumpulan bertemu Costa Rica.

Jika tidak, mereka akan mencatatkan satu lagi episod malu yang cukup besar sama seperti pada 2018 apabila kecundang awal di peringkat kumpulan.

“Kami benar-benar mencuba untuk heret penentuan sehingga ke perlawanan terakhir nanti.

“Kami cuma perlu beraksi dengan lebih baik dan lebih kompak sebagai satu unit di padang selain meningkatkan intesiti dan tidak statik,” ujar Flick.

Qatar 2022: Persis Arab Saudi Tumbangkan Gergasi, Giliran Jepun Malukan Jerman

Tambah bekas pengendali Bayern Munich itu, kesemua pemain tahu apa yang perlu mereka lakukan dan mereka perlu menjalankan tugas sepenuhnya untuk memperoleh kemenangan.

Bagi Flick, penurunan prestasi dalam 20 minit terakhir menentang Jepun memang benar-benar menganggu mereka sehinggakan pasukan Asia itu berjaya menewaskan Jerman.

Jerman kalah 2-1 kepada Jepun selepas mendahului hasil jaringan Ilkay Gundogan sebelum Ritsu Doan dan Takuma Asano.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN