Breel Embola muncul penjaring gol kemenangan Switzerland ketika berdepan Cameroon dalam aksi peringkat kumpulan Piala Dunia 2022, namun memilih untuk tidak meraikannya.
Selepas separuh masa pertama yang sengit di Stadium Al Janoub, skuad kendalian Hakan Yakin itu membuka jaringan selepas bermula dengan satu gerakan dari bawah sebelum hantaran lintang dari Shaqiri dimanfaatkan sebaik mungkin oleh untuk jaringan pertama pada minit ke-47.
Kenapa Embola tidak meraikan jaringan?
Meskipun ia merupakan gol pertamanya di kejohanan Piala Dunia, penyerang berusia 25 tahun itu memilih untuk tidak meraikan jaringannya memandangkan beliau sebenarnya dilahirkan di Cameroon dan ia adalah sebagai tanda hormat kepada negara kelahirannya.
Breel Embolo wouldn't celebrate against Cameroon, the country of his birth 🙏 pic.twitter.com/JIguoa32AI
— GOAL (@goal) November 24, 2022
Embolo dilahirkan di ibu kota Yaounde dan ibu bapanya telah berpisah semasa beliau masih kecil. Ketika berusia lima tahun, ibunya telah membawanya berhijrah ke Perancis untuk memastikan beliau mendapat pendidikan.
Apabila ibunya berkahwin dengan seorang warga Switzerland, Embola dan keluarganya berpindah ke Basel dan mula dibentuk di bawah bimbingan akademi kelab terkemuka FC Basel sebelum mendapat kerakyatan pada 2014.