Qatar 2022: Ghana Mahu Lunas Dendam 2010 Bertemu Uruguay

Qatar 2022
  • Pasukan: Ghana
  • Benua: Afrika
  • Kali terakhir layak: 2014
  • Pencapaian terbaik: Suku akhir (2010)

Ghana menyertai Qatar 2022 selepas tidak melakukan kemunculan pada edisi 2018 di Rusia dengan kali terakhir mereka muncul adalah ketika Brazil menjadi tuan rumah pada 2014.

Pernah mencuri tumpuan apabila berjaya mara ke suku akhir Piala Dunia 2010, Ghana pastinya berselera untuk membalas dendam kepada Uruguay selepas dua negara ini diundi dalam kumpulan yang sama.

Berpeluh sebelum mara

Dalam peringkat kelayakan, Ghana memperoleh bye ke pusingan pertama dan tidak perlu melalui pusingan pertama.

Diundi dalam kumpulan G bersama-sama Afrika Selatan, Utophia dan Zimbabwe, Ghana hanya mencatatkan satu kekalahan sahaja dalam enam perlawanan kelayakan.

Selebihnya, mereka berjaya merakamkan empat kemenangan dan satu seri untuk mengutip 13 mata. Selain itu, Ghana hanya layak dengan jumlah jaringan iaitu tujuh dan bolos tiga sahaja.

Di pusingan seterusnya, Ghana diundi bertemu Nigeria dalam perlawanan yang cukup sengit.

Ghana berjaya layak ke pusingan akhir Piala Dunia dengan kemenangan agregat 1-1 selepas mereka memperoleh jaringan gol di tempat lawan.

Inaki Williams jadi tumpuan

Menjengah kepada skuad Ghana yang dibawa ke Qatar 2022, skuad ini disulami dengan beberapa pemain warisan.

Nama-nama seperti Tariq Lamptey dan Inaki Williams antara yang menjadi tumpuan selepas kedua-duanya diangkat sebagai pemain warisan Ghana bermula saingan Piala Dunia kali ini.

Williams yang sebelum ini pernah beraksi untuk Sepanyol, berpeluang untuk menonjolkan bakat sebenarnya di peringkat antarabangsa bersama-sama Ghana – begitu juga dengan Lamptey yang tidak dipanggil oleh England.

Walaupun Williams menjadi tumpuan, pemain-pemain lain masih lagi mampu memberikan impak seperti Andre Ayew, Thomas Partey dan Daniel Amartey.

Peluang balas dendam

Diundi bersama-sama tiga pasukan handalan iaitu Portugal, Korea Selatan dan Uruguay, Ghana mempunyai peluang hebat untuk bersaing merebut tempat ke pusingan seterusnya.

Pertemuan bersama-sama Uruguay pastinya akan menjadi tumpuan kerana ini adalah peluang Ghana untuk membalas dendam diatas kekalahan mereka pada 2010.

Walaupun mereka perlu menyalahakan diri sendiri selepas Asamoah Gyan gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika itu, Ghana pastinya ‘berselera’ untuk kembali menuntut apa yang terlepas sebelum ini.

Tetapi, Ghana perlu menewaskan Portugal terlebih dahulu dalam perlawanan pembukaan. Jika semuanya berjalan dengan baik, peluang untuk mara adalah cerah.

Semoga berjaya, Ghana.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN