- Pasukan: Portugal
- Benua: Eropah
- Kali terakhir layak: 2018
- Pencapaian terbaik: Ketiga (1966)
Persaingan Piala Dunia 2022 kali ini menyaksikan Portugal tampil dengan barisan pemain yang berada dalam prestasi terbaik mereka untuk memberi impak positif bersama negara.
Menerusi prestasi semasa mereka sebelum menjejakkan kaki di Qatar, pasukan ini tidak terlalu konsisten dalam perlawanan dihadapi mereka, setelah beberapa kekalahan turut dicatat serta corak permainan yang tidak begitu memberi impak.
𝗧𝗵𝗲 𝗖𝗛𝗢𝗦𝗘𝗡 𝗢𝗡𝗘𝗦. ⚡🇵🇹 Senhoras e senhores, estes são os nossos eleitos que vão marcar presença no @FIFAWorldCup ! 🏆 #VesteABandeira
It's 𝗢𝗙𝗙𝗜𝗖𝗜𝗔𝗟: this is our squad for the @FIFAWorldCup ! 🏆 #WearTheFlag pic.twitter.com/2LwDfWrVVG
— Portugal (@selecaoportugal) November 10, 2022
Pada saingan kelayakan lalu, Portugal berada di tangga kedua dalam carta Kumpulan A di belakang Serbia selepas mengumpul lima kemenangan, dua seri, serta satu kekalahan.
17 jaringan berjaya dicatat mereka ketika itu untuk menunjukkan impak serangan mereka masih menjadi salah sat tunjang kekuatan Portugal selain hanya bolos enam gol.
Penjaring terbanyak Portugal sepanjang kempen kelayakan tersebut pastinya menjadi milik bintang utama mereka iaitu Cristiano Ronaldo.
Ronaldo jelas masih lagi mempamerkan bisanya di pentas antarabangsa selepas pemain tersebut meledak enam jaringan dan hanya kurang dua gol untuk dibandingkan bersama Aleksandar Mitrovic selaku penyerang utama Serbia.
Pada aksi Nations League pula, mereka tidak begitu menyinar, setelah pasukan tersebut tewas di tangan Switzerland dan Sepanyol.
Bagaimana dengan Ronaldo?
Pemain ini mengalami krisis dalam prestasi beliau selepas aksi yang dipamerkan bersama Manchester United agak tumpul dalam penghasilan gol.
Tidak seperti edisi Piala Dunia sebelum ini dengan rekod yang cemerlang, Ronaldo tampil di Qatar dengan pelbagai kontroversi di atas padang serta kisah peribadinya bersama kelab.
Tiga jaringan sahaja musim ini diledak oleh Ronaldo bersama United, dan aksinya kini jelas semakin menurun dari segi kawalan bola, kepantasan, serta kreativiti beliau di hadapan gol untuk meledak jaringan.
Simplesmente… 𝐂𝐑𝐈𝐒𝐓𝐈𝐀𝐍𝐎 ❤️🐐 Ronaldo acaba de chegar aos 700 golos por clubes! ⚽ #VesteABandeira
Simply… 𝐂𝐑𝐈𝐒𝐓𝐈𝐀𝐍𝐎 ❤️🐐 Ronaldo has just reached his 700th club goal! ⚽ #WearTheFlag pic.twitter.com/dv1ripzxvG
— Portugal (@selecaoportugal) October 9, 2022
Walaupun begitu, motivasi Ronaldo bersama skuad kebangsaan ketika ini masih lagi tinggi dan jelas pemain tersebut mempunyai misi tersendiri untuk membantu negaranya mencatat kegemilangan di Qatar.
“Perjalanan karier saya bersama Portugal masih lagi belum berakhir. Saya masih lagi mempunyai motivasi terbaik, dan cita-cita saya masih lagi tinggi seperti sebelum ini.
“Saya masih mahu menjadi sebahagian yang sangat penting buat pasukan untuk Piala Dunia ini dan saingan Euro 2025,” jelas Ronaldo menerusi The Guardian.
Adakah Portugal memiliki peluang mara lebih jauh?
Berada dalam Kumpulan H, Portugal telah pun diletakkan bersama tiga lagi negara iaitu Ghana, Uruguay, dan Korea Selatan untuk membuat perhitungan.
Selain Portugal yang diletakkan pilihan, Uruguay dan Korea Selatan dilihat mampu untuk mencipta kejutan dan memberi cabaran besar buat Portugal menerusi prestasi semasa mereka.
Namun, kelebihan skuad kendalian yang dikendalikan oleh Fernando Santos itu masih berada dalam kelas tersendiri menerusi kualiti pemain dibawa mereka kali ini.
Antara pemain bintang lain ialah Bernardo Silva, Joao Cancelo, Jose Sa, Rafael Leao, dan beberapa nama lagi yang dilihat sangat ampuh buat Portugal kali ini.
⏳👀🏆 #FIFAWorldCup 🇵🇹 #VesteABandeira #WearTheFlag pic.twitter.com/nG4vQPJXip
— Portugal (@selecaoportugal) November 23, 2022
Walaubagaimana pun, mereka terpaksa menerima hakikat setelah kehilangan salah seorang tonggak utama serangan iaitu Diogo Jota yang mengalami kecederaan.
Segalanya tampak lebih seimbang kali ini dan kehadiran Ronaldo tetap dilihat sangat penting berdasarkan pengalaman dimiliki beliau untuj membimbing pasukan mencapai sesuatu yang positif.