Qatar 2022: Brazil Tampil Serba ‘Mewah’ Di Segenap Posisi

  • Pasukan: Brazil
  • Benua: Amerika
  • Kali terakhir layak: 2018
  • Pencapaian terbaik: Juara (1958, 1962, 1970, 1994, 2002)


Selain Argentina, Jerman, Croatia, dan Sepanyol, salah satu pasukan yang dilihat tampil serba lengkap untuk edisi Piala Dunia 2022 di Qatar kini pastinya terarah kepada Brazil.

Hadir dengan senarai pemain yang mempunyai reputasi tinggi dalam saingan Piala Dunia kali ini pastinya ramai berpandangan jauh Brazil mampu mara lebih jauh untuk mencabar kejuaraan.

Pada saingan Piala Dunia 2018 lalu di Russia, pasukan ini sekadar terkandas di peringkat suku akhir apabila ditewaskan oleh Belgium dengan keputusan 1-2.

Brazil pada kali ini tampil dengan sedikit kejutan, apabila mereka tidak menyenaraikan bintang serangan Liverpool iaitu Roberto Fimirno.

Malah, beberapa muka baharu turut dipilih seperti Bruno Guimaraes, Alex Telles, Gabriel Martinelli, serta lain-lain yang sebelum ini tidak menyarung jersi tersebut ketika saingan Piala Dunia lalu.

Kontroversi pemilihan Bruno Martinelli

Pemilihan bintang muda ini sedikit menimbulkan kontroversi kerana ada yang berpendapat beberapa pemain lain lebih layak berbanding Martinelli.

Pada usia 21 tahun, ianya jelas faktor tidak cukup pengalaman menjadi topik utama mengapa pemain tersebut dianggap tidak layak berada di pentas besar itu edisi kali ini.

Ramai menyatakan Firmino lebih layak atas faktor pengalaman dan impak besar yang diberikan penyerang tersebut sebelum ini bersama Brazil.

Tak kurang, ada juga yang membandingkan Martinelli bersama seorang lagi penyerang yang beraksi bersama Flamengo iaitu Gabriel Barbosa berdasarkan rekod semasa kedua pemain ini.

Namun, Martinelli jelas tenang dan menerima kritikan tersebut secara terbuka dan menjawab perkara tersebut dengan sangat matang kepada wartawan.

“Saya rasa ini normal, sesetengah penyokong Brazil mungkin tidak mengenali saya dan ianya juga normal untuk mereka membandingka saya bersama pemain lain.

“Saya tahu apa yang saya buat bersama kelab, tahu kelebihan tersendiri, dan saya tahu pa yang saya boleh buat.

“Dan awak boleh berharap kepada saya untuk tampil dengan sangat baik buat Brazil dalam apa cara sekali pun. Ia akan jadi pengalaman terbaik buat karier saya,” jelas Martinelli menerusi talkSPORT.

Rakan sepasukan Martinelli iaitu Neymar juga sangat terkejut tentang perkara tersebut, apabila reaksi muka beliau dirakam ketika senarai nama pemain Brazil yang dipilih untuk Piala Dunia diumumkan.

Ada peluang besar untuk Brazil?

Ditempatkan dalam Kumpulan G, Brazil akan berhadapan tiga lagi negara iaitu Serbia, Switzerland, dan Cameroon yang dilihat agak seimbang secara keseluruhan.

Serbi boleh dianggap sebagai pasukan yang mampu melakar kejutan berdasarkan prestasi semasa mereka serta senarai pemain yang sangat berpotensi tinggi.

https://twitter.com/tnc_football/status/1592321592125984768?s=46&t=BhK4b7SxWNM3DoRMe9UgaQ

Namun, Brazil dilihat tidak berdepan sebarang masalah besar untuk mengatasi Switzerland dan Cameroon setelah jurang kualiti pemain oleh negara tersebut agak berbeza.

Kualiti di segenap posisi

Brazil boleh dianggap mempunyai skuad serba lengkap di segenap posisi menerusi prestasi semasa para pemain sebelum itu bersama kelab masing-masing.

Baik dalam kesebelasan utama atau simpanan, ianya dilihat sangat seimbang terutama sekali di posisi serangan mereka menerusi pemain muda yang sangat menarik untuk diperkatakan.

Mereka kini tidak lagi perlu bergantung harap kepada Neymar semata-mata kerana beberapa lagi nama dilihat mampu untuk menggalas tanggungjawab besar dalam mendapatkan gol.

Martinelli, Richarlison, Raphinha, Vinicius Jr, Antony, Gabriel Jesus dan beberapa nama lagi ketika ini berada dalam prestasi terbaik untuk mencipta nama dalam temasya di Qatar ini.

Posisi lain menyaksikan Ederson dan Allison Becker masing-masing seimbang dan berada dalam prestasi terbaik untuk mencabar kedudukan penjaga gol utama pasukan.

https://twitter.com/avinasharya09/status/1591048037904052235?s=46&t=BhK4b7SxWNM3DoRMe9UgaQ

Di posisi pertahanan, Thiago Silva dijangka bakal mengemudi bahagian tersebut bersama beberapa pemain lain yang berkualiti iaitu Danilo, Marquinhos dan beberapa lagi pemain.

Posisi tengah juga tampak agak seimbang dan masing-masing mempunyai kualiti permainan tersendiri seperti Casemiro, Fabinho, Lucas Paqueta, dan Bruno Guimaraes.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN