Qatar 2022: Benzema Sah ‘Hilang Kerusi’ Bersama Perancis Untuk Saingan Piala Dunia

Perancis terpaksa menelan hakikat yang agak pahit, setelah mereka kehilangan salah seorang pemain tonggak utama di bahagian serangan untuk aksi Piala Dunia 2022, Qatar.

Mereka kini terpaksa memulakan kempen Piala Dunia tanpa kelibat penyerang sensasi iaitu Karim Benzema yang terpaksa disingkirkan kerana isu kecederaan.

Penyerang Real Madrid itu terpaksa meninggalkan sesi latihan semalam bersama-sama stad yang sangat peka mengenai masalah kecederaan dialami beliau sebelum itu.

Selepas pemeriksaan dibuat, keputusan menunjukkan Quadriceps Benzema telah pun terkoyak dan lebih malang, beliau tidak dapat beraksi untuk temasya berprestij tersebut sehingga tamat.

Perancis bakal memulakan kempen Piala Dunia mereka dalam peringkat kumpulan untuk bertemu Australia, dan berharap keputusan positif mampu dilakar untuk menaikkan motivasi.

Benzema pada musim 2021/2022 telah mencipta prestasi yang sangat memberansangkan setelah meledak 44 gol dan bantuan jaringan menerusi rekod peribadinya.

Bersama Real Madrid, tonggak serangan bertubuh tegap ini berjaya membawa pasukan memenangi kejuaraan LaLiga serta menggenggam trofi UEFA Champions Leagu (UCL).

Walaupun begitu, segalanya tidak begitu berjalan lancar musim ini selepas Benzema mengalami kecederaan di bahagian lutut yang menyaksikan beliau hanya beraksi tujuh perlawanan sahaja sehingga kini.

Untuk mengatasi isu tersebut, pemain berusia 34 tahun itu telah dimasukkan dalam satu program latihan yang disesuaikan buat dirinya bagi membantu masalah kecederaan dihadapi.

Menurut Sport Bible, jika diikutkan Benzema sudah boleh mengikuti latihan penuh bersama rakan sepasukan lain pada hari ini, tetapi isu kecederaan yang masih menghantui beliau memaksa pemain tersebut perlu disingkirkan.

Ketiadaan Benzema akan membuka ruang buat pemain serangan lain untuk mengambil posisinya selaku penyerang utama untuk perlawanan pertama ini.

Dua pemain yang dilihat bersesuaian untuk menggantikan khidmat pemain tersebut ialah Oliver Giroud atau Randal Kolo Muani bagi bermula selaku kesebelasan utama.

Selepas kembali menyarung jersi kebangsaan pada tahun 2021, Benzema tampil garang untuk meledak 10 gol daripada 16 perlawanan dihadapi beliau bersama Perancis.

Les Bleus menjadi antara pasukan pilihan musim ini untuk mempertahankan kejuaraan tersebut menerusi prestasi semasa mereka sebelum itu dan sebaris dengan negara lain iaitu Brazil, Argentina, dan beberapa negara lagi.

Namun, dengan isu kecederaan yang menimpa Benzema kini sedikit sebanyak merencatkan persiapan pasukan tersebut dari segi pelan taktikal dan moral para pemain.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN