Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) melancarkan kempen Bola Sepak Menyatukan Dunia (Football Unites the World) dengan kerjasama ikon-ikon bola sepak untuk memberi gambaran tentang kemampuan bola sepak yang boleh menyatukan orang ramai.
Antara bintang-bintang dunia telah terlibat menyumbang video pelancaran yang menyatakan harapan, kegembiraan dan semangat adalah Hassan Al-Haydos, Alisson Becker, Karim Benzema, Lucy Bronze, Didier Drogba, Giulia Gwinn, Kaká, Robert Lewandowski, Carli Lloyd, Édouard Mendy, Lionel Messi, Neymar, Emmanuel Petit dan Cristiano Ronaldo
Kejohanan Piala Dunia pada edisi kali ini dijangka menarik lebih lima bilion tontonan di seluruh dunia.
When kids meet their football heroes ❤️🇯🇵
Members of Japan's (@jfa_samuraiblue) #FIFAWorldCup squad took time to greet Japanese school students during last night's training session in Doha. pic.twitter.com/TxrnLCwOwA
— FIFA (@FIFAcom) November 15, 2022
“Di bawah payung Bola Sepak Menyatukan Dunia, FIFA juga akan bekerjasama dengan pelbagai pemegang taruh serta rakan kongsi yang terdiri daripada organisasi antarabangsa bagi mempromosi kempen anti-diskriminasi, kemampanan dan pendidikan,” ujar Presiden FIFA, Gianni Infantino dalam ucapannya.
“Walaupun bola sepak tetap menjadi fokus utama, Piala Dunia juga akan menampilkan nilai-nilai yang melangkaui atas padang dan kami berbesar hati bintang-bintang bola sepak dahulu dan kini menyertai kami untuk mempromosi topik ini yang akan menyatukan seluruh dunia,” tambah Infatino.
“Kempen ini diadakan untuk meraikan bola sepak dan pemain-pemain yang akan menghiburkan kita dengan sepak mula tidak lama lagi, tetapi sukan ini juga adalah mengenai peminat.
“Dengan cara ini kami mahu mereka menjadi sebahagian daripada kempen global dan sebab itulah kami mengajak peminat dari seluruh dunia untuk menzahirkan keghairahan mereka terhadap bola sepak dalam media sosial dengan memberi contoh bagaimana bola sepak mampu menyatukan dunia.”
A celebration of unity and passion for the game we love so much ⚽️❤️
With the @FIFAWorldCup just days away, FIFA has joined forces with a host of international icons to launch #FootballUnitesTheWorld. pic.twitter.com/86JFuw2aGh
— FIFA (@FIFAcom) November 15, 2022
FIFA akan memilih gambar-gambar terbaik dan memaparkannya sepanjang kempen Piala Dunia berlangsung. Aksi pertama pada 20 November ini akan mempertemukan pasukan tuan rumah Qatar dan Ecuador di Stadium Al Bayt, sementara aksi final pula bakal berlangsung di Stadium Lusail pada 18 Disember.