Sama ada kita perasan atau tidak, terdapat satu sumpahan dalam Piala Dunia iaitu pasukan yang muncul juara pada satu-satu edisi, mereka akan gagal mempertahan takhta pada kejohanan seterusnya.
Sejak Piala Dunia 1998 sehingga edisi 2018, juara sebelum itu telah mengalami nasib sama.
Brazil satu-satunya pasukan yang berjaya melepasi peringkat kumpulan dengan tiga kemenangan dan mara sehingga ke suku akhir.
Piala Dunia 2018 yang diadakan di Rusia menyaksikan skuad bimbingan Didier Deschamps muncul juara menewaskan Croatia 4-2 untuk muncul juara.
Adakah ini petanda Perancis juga akan mengalami nasib sama seperti pasukan sebelum ini?
Apakah sumpahan ini benar-benar berlaku atau ia hanyalah sebuah kebetulan sahaja?
Perancis pernah muncul juara pada 1998 ketika menewaskan Brazil 3-0 namun pada edisi 2002 yang diadakan di Asia menyaksikan mereka terkandas di peringkat kumpulan tanpa sebarang kemenangan biar pun tidak diundi dalam kumpulan maut.
Malah tahun ini juga ia diadakan di Asia, apakah sejarah lama akan berulang? Atau Perancis akan menamatkan sumpahan ini?
Meskipun menurunkan barisan yang hampir sama seperti edisi sebelum ini namun apabila turun selaku juara bertahan, pasukan tersebut seperti tidak dapat mengulangi prestasi cemerlang pada edisi sebelum ini.
Biar pun diundi dengan pasukan bukan pilihan dan di atas kertas dilihat seperti tiada masalah untuk layak ke pusingan seterusnya namun apa yang terjadi sebaliknya pula apabila pasukan pernah juara ini hanya mampu mengutip tiga mata maksimun sahaja.
Untuk edisi kali ini yang diadakan di Qatar, Le Blues diundi dalam kumpulan D bersama Australia, Denmark dan Tunisa.
Mereka akan membuka kempen kejohanan menentang Australia.
Pemain bintang seperti Paul Pogba terpaksa ditinggalkan dek kerana mengalami kecederaan namun sebahagian besar pemain yang menjulang piala di Rusia ketika dibawa ke kejohanan paling berprestij di dunia.
Perancis berpeluang untuk melunaskan dendam terhadap Denmark apabila pernah bertemu sebelum ini sebanyak dua kali dalam masa tiga bulan tetapi tewas kedua-duanya.
Malah, prestasi semasa skuad kendalian Deschamps juga diragui kerana ketika aksi UEFA Nation League, mereka gagal menampilkan persembahan terbaik apabila dari enam perlawanan, hanya mampu mencatat satu kemenangan,dua keputusan seri dan tiga kekalahan.
Sudah pasti bagi peminat setia Le Blues, ia sangat merisaukan dan jika kita lihat semula berkenaan sumpahan Piala Dunia ini, Perancis berpontensi tinggi untuk meneruskannya.