Pengendali Kelantan, Rezal Zambery Yahya menegaskan beliau mempunyai hak untuk menentukan pemain mana perlu ditukarkan menerusi prestasi mereka di atas padang.
KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN TM PIALA MALAYSIA SUKU AKHIR KEDUA
Johor Darul Ta’zim [5-0] Kelantan FC
🔵 Bergson 11’ 33’ 36’
🔵 Syahmi 39’
🔵 Nazmi Faiz 45’#GomoKelateGomo#TRWSelamanya pic.twitter.com/NIes3hhWc4— TRW KELANTAN FC (@kelantanfc_trw) November 11, 2022
“Pemain kena ikut arahan saya sebab saya ketua jurulatih. Suka atau tidak, ini keputusan saya.
“Jika saya lihat khidmat pemain tersebut di dalam padang tidak diperlukan lagi, saya kena keluarkan dia” ujarnya.
Rezal menjawab persoalan yang kononnya pemain import mereka, Felipe Hereda tidak berpuas hati selepas dibawa keluar pada separuh masa kedua.
𝐈𝐍 𝐅𝐄𝐋𝐈𝐏𝐄 𝐖𝐄 𝐓𝐑𝐔𝐒𝐓!🔴⚪️
Selamat Datang Felipe Hereda Dos Santos ke skuad The Red Warriors. Pemain samba ini akan bersama pasukan dalam pusingan kedua Liga Premier musim 2022. #ThePowerOfGomoMindset#GomoKelateGomo pic.twitter.com/nggId1oNII
— TRW KELANTAN FC (@kelantanfc_trw) June 25, 2022
Tegasnya lagi, sebagai pemain mereka harus menjalankan tanggungjawab mereka di atas padang, sementara barisan jurulatih pula akan memantau dari luar untuk melihat apa harus dibetulkan sekiranya ada kelompongan pada mana-mana bahagian.
Tambah jurulatih muda ini, beliau amat menitikberatkan soal prestasi semasa para pemain ketika sesi latihan untuk melihat sama ada sesuai diturunkan atau tidak dalam perlawanan akan datang.
“Kalau pemain tidak bagus dalam latihan, saya tidak akan letak dalam kesebelasan utama. Sangat mudah.
“Pemain yang saya nampak latihan dia ok, saya tidak kira import atau pemain tempatan, saya akan beri peluang kepada mereka yang saya nampak seminggu lebih awal dan komited dalam latihan serta bersedia untuk diturunkan” tambahnya.
Disebabkan itu, Rezal tidak risau sama ada mereka mempunyai pemain import atau tidak dalam mana-mana perlawanan.
Rezal juga menjawab perbezaan antara pemain mereka dan Johor Darul Ta’zim (JDT) bukan mengenai soal kecergasan, sebaliknya Kelantan kekurangan tonggak utama dalam perlawanan penting ini.
Ada pemain yang digantung, dan ada yang mengalami kecederaan. Ini sudah tentu merencatkan perancangan asal, dan beliau percaya kepada senarai sedia ada.
Jadi, pemain telah diturunkan ini adalah mereka yang kurang mendapat minit permainan, dan secara tidak langsung perlu bersaing dengan tonggak JDT jauh lebih berpengalaman untuk dihadapi dengan mudah.
📹 HIGHLIGHTS: @OfficialJohor 5-0 @kelantanfc_trw
Bergson da Silva menjaringkan hatrik manakala Syahmi Safari dan Nazmi Faiz Mansor turut meledak dalam kemenangan besar JDT ini.#TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/EAbbt01ylJ
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 11, 2022
Tetapi ianya boleh dilihat pada separuh masa kedua, apabila pemain dapat beraksi dengan lebih baik berbanding ketika separuh masa pertama, setelah sebelum itu mereka mudah hilang fokus untuk memberi gol mudah buat JDT.