- Pasukan: England
- Benua: Eropah
- Kali terakhir layak: 2018
- Pencapaian terbaik: Juara (1966)
England sekali lagi tampil dalam saingan Piala Dunia 2022 di Qatar untuk memberi cabaran sengit kepada negara-negara lain menerusi reputasi semasa mereka.
Walaupun begitu, skuad ini dilihat agak kontroversi apabila sebelum itu mereka tidak menyenaraikan beberapa nama pemain yang layak dipanggil seperti James Maddison.
Namun, pemain serangan Leicester City itu kembali membarisi skuad Piala Dunia di Qatar apabila nama beliau terpilih untuk bersama-sama Southgate bagu mencipta sesuatu buat England.
Your #ThreeLions squad for the @FIFAWorldCup! 🦁 pic.twitter.com/z6gVkRTlT3
— England (@England) November 10, 2022
Musim 2018, England telah pun menamatkan cabaran di kedudukan keempat dan pastinya kali ini mereka mahu melangkah lebih jauh untuk menjadi raja bola sepak dunia.
Edisi kali ini, England telah diundi untuk berada dalam Kumpulan B bersama Iran, Amerika Syarikat, dan Wales yang dilihat agak seimbang.
Cabaran untuk menempatkan diri dalam Piala Dunia
Pasukan ini tidak berdepan sebarang masalah ketika peringkat kumpulan kelayakan Piala Dunia menerusi tiada sebarang kekalahan telah dicatat oleh anak-anak buah Gareth Southgate.
Tampil dengan kedudukan selaku juara Kumpulan I, mereka berjaya berada di atas pasukan Poland, Albania, Hungary, Andorra, dan San Marino dengan catatat 26 mata.
🏴🇵🇱🇭🇺🇦🇱🇦🇩🇸🇲
Group I is complete, as San Marino take the final spot. pic.twitter.com/O2vCalh8SH
— England (@England) December 7, 2020
Rekod jaringan terbesar mereka terhasil ketika England menewaskan San Marino dengan keputusan penuh 10-0 serta bolos tiga gol sahaja.
Ketajaman pasukan ini pastinya ingin diteruskan dalam aksi Piala Dunia di Qatar menerusi beberapa pemain yang kini berada dalam keadaan terbaik.
Harry Kane sandaran utama
Penyerang profilik dunia ini tampil dengan amaran buat pasukan lawan menerusi rekod jaringan besarnya ketika aksi kelayakan lalu dalam peringkat kumpulan.
12 gol telah diledak penyerang ini sewaktu aksi kelayakan lalu dengan empat jaringan terhasil menerusi Kane sewaktu England menewaskan San Marino dengan keputusan 10-0.
Dalam saingan English Premier League (EPL) pula, Kane meneruskan momentum beliau selaku salah satu mesin gol buat Tottenham Hotspur dengan 11 gol telah terhasil.
Captain Kane. pic.twitter.com/N8lZQ7AH46
— England (@England) June 9, 2022
Koleksi jaringan tersebut menyaksikan Kane kini berada di tangga kedua dengan tujuh gol ketinggalan di belakang Erling Haaland.
Jude Bellingham bintang muda tumpuan England
Pada usia yang masih muda, Bellingham telah pun mengecapi pelbagai kejayaan bersama kelab diwakilinya iaitu Borussia Dortmund dari segi berpasukan atau secara individu.
Malah, pemain tersebut juga telah pun merasai pengalaman selaku naib juara UEFA Euro pada tahun lalu ketika England tewas di tangan Itali.
Kelebihan pemain ini terletak dari segi kualiti kawalan bola serta kreatif mencipta peluang selain tampil tajam untuk menyudahkan setiap peluang terhidang.
Class tonight, @BellinghamJude 💪
He's your England Player of the Match connected by @EE! pic.twitter.com/x8ZqR1fzh7
— England (@England) September 26, 2022
Walaupun masih berusia 19 tahun, beliau jelas menjadi antara tonggak penting buat pasukan serta negara kerana ketenangan yang dimiliki Bellingham untuk mengawal ruang tengah.
Bagaimana hala tuju England?
England telah ditempatkan bersama Iran, Wales, dan Amerika Syarikat dalam Kumpulan I untuk aksi awal mereka dalam saingan Piala Dunia ini.
Jika dilihat, Iran mungkin antara lawan yang tidak begitu bermasalah untuk diatasi England berdasarkan prestasi dan kualiti para pemain yang mempunyai jurang berbeza.
Namun, mereka perlu bersiap siaga dengan kelibat dua lagi pasukan iaitu Wales dan Amerika Syarikat yang mempunyai beberapa tonggak pemain dilihat mampu untuk memberi rasa kecewa buat England.
Secara keseluruhan, England mempunyai barisan pemain serangan dan pertahanan yang sangat baik menerusi senarai nama terpilih.
World Cup group B tactical guide for @TheAthleticFC:
🏴 Counter-attacks + Bale’s brilliance
🇺🇸 Young, expansive but unproven
🏴 Possession-heavy 2018 semi-finalists
🇮🇷 New (old) head coach, defensively solid + GK long throwshttps://t.co/Hk7iV1TuYX#WorldCupQatar2022— Liam Tharme (@LiamTharmeCoach) November 8, 2022
Namun, barisan tengah dilihat sedikit goyah apabila pemain yang agak senyap seperti Kalvin Phillips dan Jordan Henderson masih disenaraikan Southgate.