Umum diketahui ramai, Kedah Darul Aman (KDA) dijangka bakal menyingkirkan semua pemain import mereka musim ini untuk tahun hadapan, menerusi perubahan baharu bakal dibuat.
Setelah tampil agak suram musim ini dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M), pasukan tersebut bakal membuat rombakan baharu dalam usaha untuk kembali menjadi antara pencabar terkuat.
ANDA SELAMANYA HIJAUKUNING, TERIMA KASIH 2022!
Berakhirnya aksi TM Piala Malaysia Selasa lepas tidak layak ke Suku Akhir, bermakna KDA FC mengakhiri saingan Liga Malaysia musim 2022 dengan prestasi yang merosot berbanding musim lepas. pic.twitter.com/m9wHrs70fG
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) November 3, 2022
Terbaharu, pasukan tersebut telah dikaitkan dengan salah seorang bekas pertahanan Liverpool yang kini beraksi dalam saingan teratas Thailand, Thai League 1.
Pemain tersebut ialah Aly Cissokho yang kini beraksi bersama Lamphun Warrior di Thailand selaku pemain import buat pasukan itu sejak pertengahan tahun lalu.
Cissokho yang berpengalaman untuk mewakili beberapa pasukan gergasi di Eropah sebelum ini telah dikaitkan bersama KDA untuk tahun hadapan bagi mengukuhkan posisi pertahanan kelab tersebut.
Musim ini, pertahanan KDA jelas agak rapuh dan menjadi punca utama mengapa pasukan tersebut gagal untuk tampil konsisten berbanding tahun-tahun lalu.
Menurut sumber dalaman yang kami terima, pemain tersebut dikhabarkan bakal ditawarkan kepada KDA sekiranya pasukan itu mahu khidmat import pertahanan baharu musim depan.
Happy birthday to former #LFC defender Aly Cissokho! 🎉 pic.twitter.com/Y27Mx0h8Gm
— Empire of the Kop (@empireofthekop) September 15, 2020
Dalam sesi temu ramah bersama Semuanya BOLA sebelum ini, Cissokho jelas menyatakan rasa minat untuk beraksi dalam saingan Liga-M sambil mengakui tahap bola sepak di sini juga semakin meningkat.
Malah, bekas pemain kebangsaan Perancis itu juga mengenali salah satu pasukan yang dianggap sangat terkenal iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT).
“Pasukan dalam Malaysia? Ya, saya sangat menyukai bola sepak di sana yang dianggao semakin meningkat kebelakangan ini.
“Saya tahu salah satu pasukan yang sangat kuat di sana, dan kelab lain dilihat setiap tahun cuba mencabar mereka iaitu Johor.
“Saya rasa ia mungkin cadangan sesuai untuk beraksi di sana, tetapi ketika ini saya gembira di Thailand dan masih lagi mempunyai baki kontrak bersama kelab,” jelas Cissokho.
Jika Cissokho beraksi bersama KDA musim hadapan, ia bakal menjadi negara kedua dalam Asia Tenggara yang diwakili oleh pemain tersebut selepas Thailand.
Untuk rekod, pemain berusia 35 tahun itu menjadi antara tonggak yang membawa pasukan diwakilinya kini, Lamphun untuk naik ke saingan tertinggi Thailand selepas musim lalu mereka bersaing di divisyen kedua.
Former Les Blues player Aly Cissokho joins Lamphun Warriors pic.twitter.com/RFAceDOMdm
— ThaiLeague (@thaileague) June 27, 2021
Kali terakhir beliau beraksi bersama Perancis pada tahun 2010 ketika pasukan tersebut dikendalikan oleh Laurent Blanc dan Cissokho membarisi kesebelasan utama untuk menentang Norway.