Persib Bandung pantas menafikan khabar perpindahan Ricky Kambuaya ke Terengganu FC, “Tidak benar [spekulasi perpindahan], itu berita palsu.”
Berita perpindahan Kambuaya ke Terengganu untuk saingan Liga Super 2022 hangat diperkatakan dan menjadi tular di media sosial ketika ini.
Malah, ada di kalangan penyokong Sang Penyu berkata terdapat maklumat yang pihak pengurusan telah pergi ke Indonesia berkenaan urusan tersebut.
Ia bertambah menjadi hangat di kalangan pengikut Liga 1 Indonesia pula apabila beliau didapati tidak menyertai sesi latihan Persib minggu lalu.
Ada org forward tweet ni dr staff TFC.
So betul la gi merisik Kambuaya?
Atau gi cek harga bukan untuk sign, saja2 je tanya isi masa lapang sambil makan angin? 😅 https://t.co/sAG1906lcO pic.twitter.com/gt5QutRtLn— Piang Shankly (@PiangShankly) October 27, 2022
Bagi meredakan khabar angin yang secara tiba-tiba muncul, pengurusan Persib akhirnya tampil menjelaskan situasi pemain tengah tersebut.
Ketiadaan Kambuaya dalam sesi latihan kerana beliau telah diberikan cuti khas pasukan disebabkan mendapat anugerah dari Gabenor Papua Barat.
“Ricky Kambuaya dianugerahkan hadiah dari Gabenor diangkat sebagai PNS jadi dia minta izin untuk menyelesaikan urusannya. Jadi mungkin sampai 3-4 hari ke depan [bercuti].”
Yaya Sunarya, Jurulatih Kecergasan Persib
Malah, selepas beliau kembali ke sesi latihan beberapa hari selepas itu, giliran pengendali Persib, Luis Milla pula menyatakan beliau menunjukkan sikap profesional yang tinggi sebaik sahaja kembali. Turut dikatakan, beliau kelihatan seperti biasa dan mereka gembira melihatnya kembali berlatih.
🗣️ Tidak benar Ricky Kambuaya akan kami lepas. Hoaks itu. Dia (Kambuaya) masih terikat kontrak dan hingga saat ini kami (Persib) belum pernah ada pembicaraan dengan satu pun klub asal Malaysia.
Direktur PT. PBB, Bpk. Teddy Tjahyono menanggapi isu Ricky Kambuaya [via Tribun] https://t.co/AHjXAji5cV pic.twitter.com/KTXwrHdSV1
— . (@Indostransfer) November 9, 2022
Pengarah PT Persib Bandung Bermartabat (PBB), Teddy Tjahjono telah menyifatkan khabar angin tersebut sebagai penipuan terhadap pengikut bola sepak di Malaysia dan Indonesia. Beliau turut menjelaskan tiada pihak yang berhubung dengan Persib mengenai perpindahan pemain tersebut.
“Tidak benar kami akan lepaskan Ricky Kambuaya. Itu ‘hoax’ [palsu]. Dia [Kambuaya] masih terikat kontrak dan hingga saat ini kami [Persib] belum pernah ada perbincangan dengan satu pun kelab dari Malaysia.”
Ini kerana, untuk mendapatkannya, mereka harus melalui pengurusan disebabkan kontrak pemain tersebut masih panjang – sehingga 2024.
Teddy turut menegaskan yang Kambuaya akan kekal di Persib sehingga kontraknya berakhir. Ini sudah cukup menjelaskan situasi tersebut.
Kambuaya merupakan antara bintang sensasi ketika saingan Piala AFF Suzuki 2020 apabila membantu Indonesia mara ke pentas final. Beraksi di posisi tengah bertahan, beliau mempamerkan permainan fizikal yang baik, memiliki rembatan yang deras serta mempamerkan stamina tinggi.
Dengan penegasan daripada Persib Bandung ini, berita tentang perpindahan Kambuaya ke Terengganu boleh kita anggap hanyalah palsu semata-mata.