VIDEO: Lihat Gaya Seperti ‘Tailong’ Hairuddin Omar Tenteramkan Diakite

Hairuddin Omar Pape Diakite Terengganu FC 2022

Penolong jurulatih Terengganu FC, Hairuddin Omar dilihat dengan penuh emosi mententeramkan tonggak pertahanan, Pape Diakite, malam tadi.

Sejurus berakhir perlawanan antara KL City FC dan Terengganu FC, telah berlaku sedikit insiden pergaduhan antara kedua-dua pasukan tersebut.

Terengganu akan membawa bekal satu gol ke Kuala Terengganu selepas menang 1-0 ke atas KL City dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia 2022 hasil jaringan penyerang, Kpah Sherman. Menariknya, gol itu juga merupakan yang ke-6 oleh Sherman di kempen Piala Malaysia edisi kali ini.

Perlawanan berlangsung agak tegang dengan beberapa siri kekasaran berlaku selain satu layangan kad merah terhadap penjaga gol Terengganu, Suhaimi Husin apabila didapati menjatuhkan Romel Morales di luar kotak penalti. Namun, KL City gagal mendapatkan sesuatu daripadanya.

Kecemerlangan pengganti Suhaimi, Shamirza Yusoff berjaya menafikan peluang buat ‘The City Boys’ untuk memperolehi sesuatu buat mereka.

Apabila terdapat insiden-insiden panas seperti layangan kad merah serta gol Sherman yang dibenarkan selepas terdapat dakwaan handball, sebaik sahaja wisel penamat ditiupkan, telah meletus insiden pergaduhan kecil.

Ia dikongsikan oleh beberapa rakan media yang berada di Stadium KLFA, Cheras. Dapat dilihat, seperti berlaku perang mulut antara Diakite dengan pemain-pemain KL City sehingga berlaku kekecohan di tepi padang.

Ia memaksa barisan kejurulatihan kedua-dua pasukan masuk campur dan dapat dilihat penolong jurulatih, Hairuddin Omar terpaksa bertegas terhadap Diakite dengan penuh emosi memintanya untuk masuk ke bilik persalinan.

Ia bagi mengelakkan situasi lebih buruk jika Diakite terus bertegas mahu bertegang urat dengan kem KL City. Tidak pasti ia berpunca daripada isu apa, namun mungkin emosi perlawanan telah dibawa hingga ke luar.

Cara Hairuddin atau lebih dikenali dengan panggilan Hai-O itu dilihat sangat garang dan tegas, mungkin bagi menyedarkan Diakite – ‘jangan buat hal!’

Malah menurut perkongsian penyokong tegar Terengganu, Piang Shankly, Hai-O adalah insan yang bertanggungjawab meningkatkan prestasi Diakite sejak awal musim yang lalu. Maka boleh kita anggap seorang guru sedang menegur keras anak buahnya agar tidak termakan oleh amarahnya.

Dan emosi Diakite dilihat stabil setelah berada di bilik persalinan sambil membuat perkongsian ini di Twitternya. “What a team. Persembahan dan kerjasama yang baik semua. Kini fokus untuk aksi kedua.” Nampaknya, hanya Hai-O tahu bagaimana untuk menenangkan anak didiknya itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN