Kevin de Bruyne dikatakan telah menggunakan taktik keji untuk memenangi sepakan penalti ketika beraksi untuk Manchester City bertemu Fulham malam semalam.
Bintang Belgium itu dituduh sengaja merebahkan badan dalam usahanya mahu memenangi sepakan penalti.
Tindakan beliau itu membuahkan hasil selepas pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti kepada Man City dan The Citizens memperoleh gol kemenangan mereka dari situasi tersebut.
🔔 | Kevin De Bruyne seemingly dives to win Erling Haaland's match-winning penalty vs Fulham https://t.co/ieyUudcNn4
— SPORTbible News (@SPORTbibleNews) November 5, 2022
Pemain berusia 31 tahun itu jatuh di dalam kotak penalti selepas disentuh oleh pemain back kiri Fulham, Antonee Robinson.
Pemain pertahanan itu jelas sekali tidak sengaja menyentuh De Bruyne dan sentuhan beliau itu terlalu minimal untuk pemain midfield itu jatuh seperti itu di dalam kotak penalti.
Reaksi yang ditunjukkan oleh Kevin de Bruyne juga dikatakan terlalu berlebih-lebihan dan kerana itulah pengadil terpedaya dan menghadiahkan sepakan penalti kepadanya.
Penjaring terbanyak saingan Premier League pada ketika ini, Erling Haaland berjaya menjaringkan gol menerusi sudut sepakan penalti tersebut, seterusnya membantu Man City untuk mengutip tiga mata penuh dari perlawanan tersebut.
https://twitter.com/smartinoread/status/1588937755513716736?s=20&t=qseG40LzPAl0esnTEhgqeQ
Erling Haaland telah dimasukkan pada aksi babak kedua permainan dan beliau berjaya menjaringkan gol ke-18 dalam saingan Premier League untuk terus menjadi calon kegemaran merangkul anugerah kasut emas musim ini.
Manchester City memulakan permainan dengan sangat baik selepas mereka memperoleh gol awal menerusi Julian Alvarez.
10 minit selepas itu, Manchester City terpaksa bermain dengan 10 orang pemain selepas Joao Cancelo dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan.
Bekas bintang Manchester United, Andreas Pereira kemudiannya cemerlang menyempurnakan sepakan penalti untuk bantu Fulham mengikat kedudukan menjadi 1-1.
✨ @KevinDeBruyne has scored 13 goals and assisted 16 in 29 #PL matches in 2022@ManCity | #MCIFUL pic.twitter.com/dLYbWEDB5W
— Premier League (@premierleague) November 5, 2022
Berbaki 25 minit sebelum wisel penamat dibunyikan, Pep Guardiola telah memasukkan Erling Haaland dalam usahanya mahu memburu gol kemenangan.
Pemain kebangsaan Norway itu kemudiannya berjaya meledak gol kemenangan untuk The Citizens, namun malangnya gol tersebut telah dibatalkan oleh VAR.
Ketika Fulham merasakan yang mereka sudah berjaya mencuri satu mata dari pasukan gergasi seperti Man City, Kevin de Bruyne tampil melakukan aksi keji untuk memastikan pasukan pelawat pulang dengan tangan kosong.
Kevin de Bruyne dengan sengaja merebahkan badan untuk memenangi sepakan penalti dan walaupun usahanya itu membuahkan hasil, namun para peminat di media sosial jelas sekali tidak gembira melihat hal tersebut.
If Mohamed Salah dived the way
Kevin De Bruyne did today to win that penalty, the media would never leave him alone— 𝑾𝒊𝒍𝒄𝒐🧣 (@WilcoFtbl) November 5, 2022
Of course when De Bruyne does it it’s “brilliant” and “clever”. Imagine the words used if it was Salah doing this… pic.twitter.com/UO9j51oYzz
— Biggies Malls 2.0 (@Biggies_MaIIs) November 5, 2022
Apparently de bruyne’s is a pen and Jadon Sancho’s isn’t. @premierleague destroying the league year in year out. #MCIFUL pic.twitter.com/dopw3vEE9M
— Maverick 🔰 (@Aye_Eras) November 5, 2022
Para peminat jelas sekali tidak berpuas hati melihat bagaimana aksi keji De Bruyne itu tidak diberi perhatian oleh semua pihak.
Manchester City berjaya meneruskan rentak kecemerlangan mereka dengan mencatatkan kemenangan keempat mereka dari lima perlawanan terakhir.
Skuad kendalian Pep Guardiola itu pada ketika ini masih memimpin carta saingan Premier League, dan seandainya Arsenal berjaya menewaskan Chelsea malam nanti, maka The Gunners lah yang akan mendahului carta liga sepanjang rehat Piala Dunia nanti.