Victor Andrag Dedah Punca Sanrawat Detchmitr Beraksi ‘Lewat’ Lawan Negeri Sembilan

Pengendali interim Kedah Darul Aman (KDA), Victor Andrag memberi sebab mengapa pemain import tengah mereka iaitu Sanrawat Detchmitr tidak bermula dalam kesebelasan utama.

Jelas Victor, ianya bukan kerana isu beliau mempercayai pemain muda berbanding bekas pemain kebangsaan Thailand itu, tetapi ada alasan tersendiri untuk aksi semalam.

Sanrawat dimasukkan Victor dalam perlawanan semalam pada minit ke-90 untuk menggantikan Dechi Marcel, dan beberapa komen di media mempertikaikan perkara tersebut.

“Bukan sebab saya percayakan pemain muda menjadi faktor Sanrawat dimasukkan lewat, sebenarnya kita tengok berdasarkan sesi latihan lagi.

“Selepas habis bersama Terengganu lalu, daripada segi mental beliau agak merudum disebabkan banjir yang melanda di Thailand dan keluarga beliau turut terjejas.

“Jadi dia tak ada motivasi dan kita cuba bercakap bersama Sanrawat dan pastinya saya tidak ingin ambil sebarang risiko kerana ‘nothing to lose’.

“Jadi saya cuba gunakan kemampuan Fadzrul Danel dan pada perlawanan tersebut kita dapat tengok satu persembahan yang agak baik daripada beliau dan para pemain muda,” jelas Victor menerusi sidang media selepas perlawanan.

Pada masa sama, Victor jelas menghamburkan pujian kepada barisan pemain muda yang dibawa turun dan berharap mereka dapat mengutip pengalaman berdasarkan aksi bertemu Negeri Sembilan, semalam.

Tiga bakat muda yang dibawa masuk sebagai pemain gantian semalam ialah Heshamudin, Afeeq Iqmal, serta Fikri Zulkiflee dilihat berjaya memberi impak positif pada perlawanan semalam, menurut Victor.

“Sebenarnya, saya tak akan tuju kepada mana-mana pemain yang menyerlah, ianya terjadi hasil kerjasama sesama mereka.

“Apa saya tekankan ialah mengenai sikap positif tidak akan membawa keputusan yang salah, jadi harapan agar pemain muda ini dapat bawa pengalaman perlawanan ini untuk masa depan mereka,” tambah Victor.

Pada aksi semalam, KDA gagal untuk melayakkan diri ke pusingan suku akhir Piala Malaysia 2022, di Paroi, setelah keputusan agregat memihak Negeri Sembilan iaitu 1-2.

Musim ini boleh dianggap agak suram buat KDA dalam saingan bola sepak buat para penyokong, dan perubahan segera ditagih agar pasukan itu mampu kembali berdaya saing tahun hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN