Ini Sebab Michael Owen Akui Dirinya Juga Sama Nilai Seperti Mbappe

Bekas penyerang legenda Liverpool, Michael Owen mengakui dirinya mungkin sama bernilai seperti bintang muda Paris Saint-Germain (PSG) iaitu Kylian Mbappe menerusi nilai perpindahan semasa mereka.

Mbappe menjadi pemain kedua mencatat sejarah termahal dalam nilai pasaran selepas perpindahannya dari Monaco untuk menyertai PSG dengan tanda harga £163 juta pada tahun 2018.

Ketika itu, Mbappe menjadi antara penyerang yang sangat memukau menerusi ketajaman serta kelincahannya untuk menarik minat PSG biarpun masih berusia 18 tahun.

Real Madrid dilaporkan telah membida penyerang tersebut pada musim panas tahun lalu dengan membuka harga £145 juta, walaupun Mbappe masih lagi mempunyai baki kontrak setahun bersama PSG.

Namun, Mbappe menolak peluang untuk berpindah ke kelab gergasi Sepanyol itu secara percuma musim panas ini, sebaliknya beliau menandatangani kontrak baharu selama tiga tahun untuk kekal bersama juara Ligue 1 tersebut.

Seperti Mbappe yang meledak nama pada usia muda, Owen juga telah mencuri tumpuan dunia bola sepak pada suatu ketika, setelah memenangi Ballon d’Or pada usia 21 tahun selepas memenangi Europa League, FA Cup, serta EFL Cup bersama Liverpool.

Dan bekas penyerang kebangsaan England itu turut percaya, nilai perpindahan beliau sewaktu remaja dulu juga mungkin sama nilai seperti Mbappe kini.

“Saya tak tahu, maksud saya rasanya seperti angka lebih tinggi sedikit pada satu atau dua tahun lalu berbanding sekarang,” jelas Owen menerusi Sport Bible ketika ditanya kemungkinan nilai pasaran beliau terkini.

“Ianya jelas sekali, nilai perpindahan Erling Haaland bukan suatu gambaran sebenar untuk harganya kerana ia turut meliputi yuran agensi serta beberapa syarat lain ditetapkan dalam kontrak.

“Jadi ia sebenarnya lebih kepada pasaran terbuka atau bebas, iaitu ketika usia saya masih muda dan berada pada prestasi kemuncak.

“Saya sendiri tidak tahu, anda bercakap soal harga £100 juta sebegitu, ianya sangat sukar untuk saya perkatakan.

“Jadi, apakah nilai Mbappe ketika ini? Saya sendiri tidak tahu. Jika beliau meninggalkan PSG, anda semua mungkin akan melihat nilai harganya sebesar £150 atau £200 juta?

“Tetapi ya, saya juga pada suatu ketika merupakan seorang pemain yang mencipta sesuatu impak seperti memenangi Ballon d’Or, memenangi dua gelaran kasut emas, dan pergi ke Piala Dunia pada usia 18 tahun serta lain-lain lagi,” jelas Owen menerusi Sport Bible.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN