Sebentar tadi Malaysian Football League (MFL) telah pun mengeluarkan kenyataan baharu mengenai status pelesenan kelab untuk dua pasukan iaitu Melaka United dan Sarawak United.
Menurut kenyataan dikeluarkan, rayuan kedua pasukan yang bertanding dalam saingan Liga Super musim ini sebelum itu untuk memohon Lesen Kebangsaan telah pun ditolak.
Keputusan tersebut telah pun disahkan oleh MFL setelah satu mesyuarat telah dibuat dengan membabitkan Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab (AB) MFL.
Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab MFL telahpun bermesyuarat dan membuat keputusan bahawa rayuan kelab Liga Super Melaka United FC dan Sarawak United FC untuk memohon Lesen Kebangsaan ditolak.#LigaMalaysia2023
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 1, 2022
Ianya diumumkan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa badan tersebut iaitu Mohamad Yasin Abdullah menerusi pemakluman sendiri sekali gus mengesahkan Melaka dan Sarawak tidak akan beraksi pada musim hadapan dalam saingan tersebut.
“Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab MFL (AB), telah pun bermesyuarat dan membuat keputusan bahawa rayuan kelab Liga Super Melaka United FC (MUFC) dan Sarawak United FC (SUFC) untuk memohon Lesen Kebangsaan ditolak.
“Keputusan itu diumumkan kepada pasukan pada hari ini oleh Mohamad Yasin Abdullah melalui pemakluman rasmi sekali gus menyaksikan MUFC dan SUFC tidak layak untuk beraksi dalam Liga Super 2023.
“AB telah mempertimbangkan rayuan MUFC dan SUFC berikutan keputusan First Instance Body (FIB) yang telah menolak permohonan Lesen Kebangsaan bagi kitaran 2022 pada 12 Oktober 2022 selaras dengan Artikel 3.4.4 yang termaktub di dalam Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2022,” jelas kenyataan itu.
Sebelum ini, Melaka dan Sarawak masing-masing dilihat mempunyai masalah dalaman yang agak teruk sehingga memberi kesan dalam pasukan untuk beraksi.
Malaysian Football League (MFL) hari ini mengumumkan bahawa Melaka United FC tidak dibenarkan beraksi dalam kejohanan TM Piala Malaysia 2022 susulan kegagalan kelab berkenaan melunaskan tunggakan gaji pemain dan pegawai.
Baca lanjut ⤵️#TMPialaMalaysia2022
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 21, 2022
Masalah tunggakan gaji antara yang paling kerap timbul sepanjang persaingan liga berlangsung dan ada sesetengah pemain meluahkannya di media sosial.
Malah beberapa jam lalu, Sarawak telah pun mengeluarkan kenyataan mereka untuk membuka jawatan kosong bagi kedudukan presiden baharu.
Dari segi konsistensi aksi permainan pula, kedua pasukan tersebut turut mengalami masalah dengan Melaka United berada di tangga ke-10 sahaja, sementara Sarawak menghuni kedudukan ke-11.
Paling terkesan pastinya Sarawak United, apabila ini menjadi musim terbaharu mereka melayakkan diri ke saingan Liga Super setelah tampil cemerlang tahun lalu sebagai naib juara Liga Premier.
KEPUTUSAN MASA PENUH – LS10
Selangor FC mencatat kemenangan besar ke atas Sarawak United FC.#LigaSuper2022 pic.twitter.com/Bz7RUKjWGc
— Malaysian Football League (@MFL_MY) June 19, 2022
Untuk Melaka pula, saban tahun pasukan ini pastinya akan mempunyai masalah gaji dan lebih memalukan ia turut membabitkan tunggakan kepada pemain import.