‘Ngauman Hanoi’ – Vietnam Jadikan Stadium My Dinh Gelanggang Untuk Gerunkan Malaysia

Ngauman penyokong Vietnam yang menggerunkan di Stadium My Dinh akan dijadikan sandaran negara itu dalam Piala AFF 2020.

Hal ini kerana susulan keputusan FA Vietnam untuk menjadikan stadium tersebut sebagai gelanggang rasmi mereka ketika perlawanan di tempat sendiri untuk aksi peringkat kumpulan kejohanan tersebut.

Stadium yang boleh memuatkan lebih 40 ribu penyokong dalam satu-satu masa sememangnya digunakan oleh Vietnam dalam pelbagai kejohanan bola sepak sebelum ini.

Gelanggang yang lazimnya akan dibanjiri oleh ribuan penyokong Vietnam yang berbaju merah akan menjadi tuan rumah kepada dua perlawanan Piala AFF 2022.

Mereka akan menyambut skuad Harimau Malaya pada 27 Disember sebelum menerima kunjungan Myanmar semasa 3 Januari kelak.

Gerun buat Harimau Malaya

Pemilihan Stadium My Dinh sebagai gelanggang rasmi Vietnam pastinya adalah permainan psikologi mereka terhadap Malaysia dan Myanmar.

Menfokuskan kepada Malaysia, Harimau Malaya sejak kebelakangan ini mempunyai rekod tidak baik apabila bertandang di sana terutamanya di era kendalian Park Han-seo bersama Vietnam.

Kemenangan paling signifikan adalah ketika Malaysia menang pingat emas Sukan SEA di Hanoi pada 2009 sewaktu Datuk K. Rajagobal mengendalikan skuad muda negara.

Barang kali dengan aura Stadium My Dinh yang cukup menggerunkan sesiapa sahaja hadir, Vietnam mahu menggunakan kelebihan itu sebaik mungkin terutama sekali ketika bertemu Malaysia.

Park semestinya ingin memenangi satu lagi pertempuran dengan Malaysia sebelum beliau mengundurkan diri usai tamat kejohanan.

Namun, Kim Pan-gon dan Harimau Malaya sudah pasti mahu menghadiahkan kekalahan sebagai tanda selamat tinggal kepada Park.

Stadium My Dinh mungkin adalah lokasi yang sukar untuk dikunjungi, tapi Harimau Malaya tidak perlu gentar dengan mereka kerana kita mampu beroleh kemenangan di sana!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN