Ini Cara Bagaimana Qatar Sembunyikan Perkampungan Miskin Dari Pandangan Pengunjung

Tular di media sosial sebuah video yang menunjukkan bagaimana Qatar membina tembok besar dalam usaha mereka mahu menyembunyikan kejiranan-kejiranan miskin dari dilihat pengunjung.

Qatar bakal menjadi tuan rumah untuk Piala Dunia edisi kali ini dan kerana itulah pihak kerajaan memilih untuk menyembunyikan kejiranan-kejiranan miskin dari dilihat para pengunjung.

Qatar sebelum ini sudah teruk dihentam oleh pelbagai pihak kerana mereka didakwa melanggar hak asasi kemanusiaan terutama dari segi layanan mereka terhadap pekerja-pekerja asing.

Mereka turut dikritik atas cara layanan mereka terhadap geng-geng pelangi.

Terbaru, pihak berkuasa tempatan dilaporkan telah melakukan sesuatu yang mencuri perhatian ramai selepas mereka menunjukkan sikap memilih kasta dengan menyembunyikan rumah-rumah buruk di sekitar bandar utama negara.

Tular video yang memperlihatkan seorang pemandu sedang memandu di sekitar bandar Qatar dan jelas terlihat tembok besar dibina bagi menghalang pengunjung untuk melihat kejiranan-kejiranan miskin di kawasan tersebut.

Tembok-tembok tersebut masih lagi dalam fasa pembinaan dan ia merupakan tembok yang sangat besar.

Aksi Piala Dunia bakal bermula kurang sebulan dari sekarang dan pembinaan-pembinaan tembok itu sepertinya antara persiapan Qatar untuk menjadi tuan rumah.

Menurut FIFA, lebih dari sejuta pengunjung yang akan berkunjung ke Qatar untuk menyaksikan kesemua 64 perlawanan sepanjang kejohanan Piala Dunia kali ini.

Dek kerana ramai pengunjung asing akan melawat negara tersebut dan mungkin ia bakal menjadi kunjungan pertama mereka, Qatar jelas sekali berusaha sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik.

Walau bagaimanapun, dalam usaha mereka mahu berikan yang terbaik, mereka sepertinya telah menunjukkan sisi negatif negara sendiri kepada umum.

Tidak mengejutkan juga untuk melihat para peminat di media sosial menghentam teruk tindakan kerajaan Qatar itu yang membina tembok untuk menutup kejiranan-kejiranan miskin di negara mereka.

“Ingat kanak-kanak, jika kamu tak nampak itu, maka ia memang tak wujud.”

“Ya, mereka habiskan duit membina tembok berbanding guna duit itu untuk bantu menaikkan kejiranan tersebut.”

“Adakah mereka nak beritahu seluruh dunia yang mereka negara kaya tanpa ada orang miskin di negara mereka?”

“Bukankah ini boleh dianggap sebagai penindasan? saya rasa jelas sekali golongan miskin di sana akan rasa tertindas dengan perkara seperti ini.”

“Saya rasa jika mereka gunakan duit bina tembok itu untuk bina semula banggunan buruk itu, ia akan lebih bagus dan mungkin lebih menjimatkan.”

https://twitter.com/genecowan/status/1585356631893737476?s=20&t=-egrdXlP86OnMD0IZ9Hy5g

Menurut sumber laporan dari The Telegraph, Brazil sendiri turut melakukan hal yang sama ketika mereka menjadi tuan rumah untuk temasya Sukan Olimpik 2016 yang lalu.

Brazil ketika itu membina temboh besar setinggi 10 kaki dalam usaha mereka untuk menyembunyikan perkampungan kecil berhampiran lapangan terbang utama mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN