Dalam dunia bola keranjang, Micheal Jordan ialah pemain terhebat sepanjang zaman.
Legasi beliau diteruskan dengan Nike memperkenalkan jenama Jordan hasil inspirasi dari lagenda bola keranjang tersebut.
Bola keranjang bertemu bola sepak
Tetapi mengapa cerita bola keranjang ada di laman Semuanya BOLA?
Ini kerana jenama Nike Jordan sudah memasuki pasaran bola sepak pula!
Mereka mengeluarkan kasut bola sepak berupa koleksi yang diberi nama sebagai NJR X JORDAN.
Ia adalah gabungan 2 atlet terbaik di dalam dunia iaitu Micheal Jordan dan pemain Barcelona iaitu Neymar.
Saling meminati satu sama lain, Jordan amat meminat gaya bola sepak Brazil yang bercorak samba.
Manakala Neymar menjadikan Jordan sebagai idola untuk beliau terus berjaya dalam karier bola sepaknya.
“Jordan memberi saya inspirasi untuk terus berjaya. Kerja keras beliau dalam setiap latihan dan perlawanan memberi saya sebab untuk turut mengikuti jejak langkah beliau.”
“Jordan telah menetapkan satu paras untuk menjadi berjaya. Beliau adalah pesaing yang hebat dan seorang juara.”
“Jadi apabila kami dapat berkerjasama saya gembira!”
Bagi Jordan pula, beliau sangat teruja dengan kerjasama ini.
“Saya teruja apabila jenama saya berkerjasama dengan Neymar. Saya amat meminat kreativiti, gaya permainan dan semangat beliau dalam bola sepak.”
“Neymar merupakan pemain yang istimewa saya amat teruja dengan kerjasama ini.”
Didatangkan dengan 2 warna
Koleksi NJR X JORDAN ini merupakan rekaan terbaharu dari Nike Jordan dan yang pertama yang bukan untuk sukan bola keranjang.
Ia menggabungkan kasut bola sepak Nike Hypervenom dan kasut bola keranjang Jordan V.
Gabungan Nike Hypervenom dengan Jordan V adalah kerana Jordan V adalah kasut bola keranjang kegemaran Neymar.
Menurut pereka senior di Nike Football iaitu Nathan VanHook, corak gigi pesawat pejuang seperti gigi ikan jerung pada Jordan V merupakan corak yang ikonik dengan kasut tersebut.
“Corak ikonik pada Jordan V itu disatukan pada kasut Nike Hypervenom II yang dipakai oleh Neymar yang bercorak moden.”
Koleksi NJR X JORDAN didatangkan dengan 2 warna.
Pertama adalah berwarna asas hitam serta kelabu sebagai warna kedua.
Rekaan kedua adalah berwarna putih sebagai warna asas dan warna merah sebagai warna kedua.
Corak gigi pesawat pejuang ibarat gigi ikan jerung itu diletakkan di sebelah tepi luar kedua-dua belah kasut bola sepak itu.
Dibelakang pula diletakkan logo Nike Jordan serta nombor 10 milik Neymar di sebelah kiri untuk kasut berwarna hitam dan 11 pada kasut berwarna putih.
Manakala untuk nombor 23 milik Jordan disebelah kanan.
Di dalam kasut bola sepak itu terdapat logo Nike Jordan dan tompokan warna hitam.
Begitu juga di tapak kasut bola sepak itu yang mempunyai corak tompokan hitam itu.
Bagi kami, koleksi NJR X JORDAN ini merupakan satu koleksi yang mempunyai corak yang lain daripada yang lain kerana tompokan hitam itu.
Namun begitu, kami tidak berapa gemar dengan logo Nike Jordan tersebut. Alangkah lebih baik jika diletakkan logo Neymar kerana itu adalah kasut bola sepak.
Apa kata anda mengenai kasut bola sepak terbaru dari Nike ini? Adakah ia menarik perhatian anda?
Baca juga: Nike Perkenalkan Anti-Clog Traction; Kasut Bola Yang Halang Lecah Melekat Di Tapak