Tonggak Pertahanan Indonesia Beri Sebab Untuk Terus Kekal Beraksi Di Korea Selatan

Pertahanan Indonesia yang kini beraksi di Korea Selatan, Asnawi Mangkualam mengakui dirinya terus bermain di sana untuk membantu kelab diwakilinya iaitu Ansan Greeners FC.

Prestasi Asnawi musim ini boleh dikatakan sangat baik di sana setelah mendapat lebih banyak peluang beraksi dalam senarai kesebelasan utama berbanding sebelum itu.

Malah, Asnawi juga menjadi antara tonggak penting buat Ansan Greeners menerusi sumbangan beliau di hadapan gol untuk mendapatkan jaringan.

Musim ini menyaksikan pertahanan kental tersebut sudah pun beraksi sebanyak 27 kali dalam semua kejohanan disertai pasukan itu, selain menyumbang dua jaringan serta dua bantuan gol.

“Secara peribadi, sudah tentu saya setakat ini persembahan individu semakin meningkat kerana kualiti permainan di sini sangat sangat baik serta dikelilingi rakan sepasukan berkualiti.

“Tambahan lagi, semua pun mengetahui K-League merupakan salah satu saingan liga yang sangat berkualiti di Asia setakat ini,” jelas Asnawi menerusi Bola.com.

Hingga kini, kontrak Asnawi bersama Ansan Greeners masih lagi terikat sehingga bulan Disember 2023, dan pemain tersebut berharap prestasinya mampu membantu Indonesia.

“Saya perlu beraksi dengan baik dan mengutip segala pengalaman di sini supaya saya dapat membantu Indonesia pada masa akan datang,” terang pemain tersebut.

Sepanjang 42 penampilan Asnawi bersama kelab ini juga sejak tahun lalu, beliau telah pun meledak dua jaringan serta memberi tiga bantuan gol untuk menjadikan dirinya semakin mendapat tempat dalam pasukan.

Asnawi juga menyatakan diri beliau mempunyai misi tersendiri yang lebih besar sepanjang berada di Korea Selatan.

Menurut pertahanan berusia 23 tahun itu, beliau menyasarkan untuk beraksi di saingan tertinggi K-League pada masa akan datang sekiranya mendapat peluang.

“Tujuan utama untuk terus mendapat tempat dalam pasukan ketika ini supaya saya mendapat peluang beraksi dalam saingan tertinggi di Korea Selatan,” tambah Asnawi.

Perkara itu dilihat tidak mustahil buat pemain kelahiran Makassar, Indonesia itu, setelah ada beberapa kenyataan sebelum ini menyaksikan pasukan yang beraksi di saingan K-League 1 iaitu Jeonbuk Hyundai Motors berminat akan khidmat Asnawi.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN