Pengendali bola sepak berpengaruh di Asia Tenggara, Park Hang-seo sah tidak akan lagi bersama Vietnam untuk musim hadapan apabila beliau tidak lagi memperbaharui kontraknya yang bakal tamat.
Selepas lima tahun menabur bakti dalam membangunkan bola sepak Vietnam sebagai antara paling berpengaruh di Asia, kini tiba masanya untuk Park Hang-seo memulakan karier bersama pasukan baharu.
The Vietnam Football Federation (VFF) and the head coach of the Vietnam national team – Mr. Park Hang Seo – have come to an agreement on the termination of the contract between the two parties on January 31, 2023.#Respect 👏#VFF pic.twitter.com/dhyT83rqCJ
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) October 17, 2022
Perkara tersebut disahkan sendiri menerusi Facebook rasmi Persekutuan Bolasepak Vietnam (VFF) sebentar tadi, dengan pengendali dari Korea Selatan itu bakal mengharungi saingan Piala AFF 2022 sebagai tugas terakhirnya bersama pasukan kebangsaan.
Sepanjang bersama skuad kebangsaan Vietnam, jurulatih berpengalaman itu telah memberi banyak sumbangan besar dari segi prestasi para pemain yang lebih baik serta pencapaian positif dalam pertandingan peringkat antarabangsa disertai.
Perpisahan itu pastinya akan memberi satu cabaran baharu buat Vietnam untuk mengekalkan prestasi mereka yang semakin baik ketika ini selepas ketiadaan Park Hang-seo.
Menurut Park Hang-seo, beliau menganggap sepanjang kariernya bersama Vietnam adalah sesuatu yang sangat baik dan akan terus dikenang sampai bila-bila.
“Saya akan sentiasa ingat memori lima tahun ini bersama bola sepak Vietnam. Sebagai jurulatih skuad senior dan bawah 23 (B-23), saya sentiasa fokus dalam apa jua tugasan diberi.
“Terima kasih atas sokongan para pemain, pihak atasan, pengurusan, dan para penyokong Vietnam yang tidak pernah putus-putus terhadap saya selama lima tahun ini,” jelas Park Hang-seo.
Saingan AFF akan datang ini pastinya pengendali tersebut akan cuba memberikan suatu yang positif untuk ditinggalkan sebagai tanda kenangan buat para penyokong.
Dengan ketiadaan pengendali tersebut bersama Vietnam, pastinya banyak pasukan kini sedang mengintai akan khidmatnya yang diakui sudah terbukti.
Malah, tidak mustahil untuk Park Hang-seo menyertai saingan Liga Malaysia (Liga-M), apabila sebelum itu dirinya sentiasa tertarik dengan skuad kebangsaan dan memantau dari jarak jauh.
Sehingga kini, hanya Kedah Darul Aman (KDA) sahaja sah tidak lagi mempunyai jurulatih utama mereka apabila Aidil Sharin sudah pun berpisah bersama kelab berkenaan.
KENYATAAN MEDIA
KEDAH DARUL AMAN FOOTBALL CLUB
Tarikh: 17 Oktober 2022BIAR JASA JADI KENANGAN AIDIL SHARIN SAHAK. VICTOR ANDRAG PEMANGKU KETUA JURULATIH (INTERIM) PASUKAN SANG KENARI BAGI KEJOHANAN TM PIALA MALAYSIA 2022
Kenyataan penuh: https://t.co/RQlx14cgK4 pic.twitter.com/FqpklDJWbh
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) October 17, 2022
Tambahan lagi, kini KDA juga dilihat bakal tampil dengan serba baharu menerusi pemilik kelab terkini, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar juga sudah menyatakan ada perubahan pada musim hadapan.
Sekiranya Park Hang-seo menyertai kelab tersebut, maka ia akan menambahkan lagi kerancakan saingan Liga Super musim hadapan serta Park Hang-seo tidak lagi perlu bersusah payah untuk memantau skuad kebangsaan secara diam-diam.