Momentum kemenangan tiga kali berturut-turut yang dicatat Selangor gagal ditamatkan dengan baik pada aksi terakhir saingan Liga Super, apabila pasukan tersebut sekadar terikat seri bersama Penang.
Menerusi keputusan penuh 1-1, pasukan tuan rumah iaitu Penang terlebih dahulu membuka jaringan menerusi sepakan penalti yang mudah disempurnakan oleh Rafael Vitor.
Gergasi Merah mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Penang FC di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang malam semalam sekaligus menamatkan saingan Liga Super 2022 di tangga ke-5.
Tonton video sorotan penuh menerusi pautan yang disediakan ini: https://t.co/8SCDBbvXdn#MKLK pic.twitter.com/75TnqCo2jF
— Selangor FC (@selangorfc) October 16, 2022
Penalti tersebut berlaku setelah tindakan pemain pertahanan kebangsaan, Sharul Nazeem yang dilihat sengaja menepis bola dengan tangan dalam kotak penalti untuk membuatkan pemain tersebut dilayangkan terus kad merah.
Namun, Selangor kembali bangkit menyamakan kedudukan tidak lama selepas itu hasil jaringan Norhakim Hassan, setelah hantaran silang daripada Hein Htet Aung berjaya disambar pemain tersebut di separuh masa pertama.
Menurut Tan Cheng Hoe selaku pengendali Selangor, beliau jelas berpuas hati dengan keputusan tersebut dan memuji para pemain kendaliannya yang disifatkan berjaya mempamerkan karakter positif di atas padang.
Walaupun begitu, Cheng Hoe akui isu layangan kad merah tersebut jelas menjejaskan sedikit perancangan beliau bersama pasukan untuk mencipta sesuatu lebih positif.
Pengendali tersebut juga tidak menyalahkan Sharul Nazeem disebabkan layangan kad merah tersebut kerana masih banyak perlu dipelajari pemain tersebut untuk masa akan datang.
Sebahagian daripada aksi-aksi perlawanan #PENSFC sebentar tadi di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang. Terima kasih kepada semua penyokong yang hadir pada malam ini! #MKLK #LigaSuper2022 pic.twitter.com/WE7rNSgkYv
— Selangor FC (@selangorfc) October 15, 2022
“Tentang isu layangan kad merah itu, sebagai seorang jurulatih saya tidak menyalahkan Sharul Nazeem tentang kad merah tersebut.
“Beliau masih muda lagi dan masih banyak perlu dipelajari pertahanan tersebut, dan dia tak sengaja menggunakan tangan untuk menghentikan bola tersebut.
“Ditambah dengan keadaan padang juga menyebabkan kami sukar untuk mengharungi permainan dengan baik sepanjang 90 minit aksi berlangsung,” jelas bekas jurulatih kebangsaan tersebut.
Pada masa sama, beliau tetap memuji kesungguhan yang ditunjukkan oleh para pemain, apabila mereka masih mampu mengekalkan rentak permainan serta memberi saingan sengit buat tuan rumah.
Cheng Hoe juga menyatakan beliau sudah boleh menilai serba sedikit mengenai kekuatan dan kelemahan para pemain berdasarkan empat perlawanan diharungi Selangor setakat ini.
“Ya, setelah empat perlawanan dilalui, saya dah boleh menilai sedikit sebanyak mengenai setiap pemain selain mereka juga sudah boleh beradaptasi dengan baik dalam corak permainan diterapkan.
“Selain semangat juang yang tinggi, mereka juga lebih positif di atas padang menerusi lebih banyak peluang-peluang dapat dicipta di hadapan gol dan pemain juga perlu terus konsisten,” tambah Cheng Hoe.
📹 HIGHLIGHTS: @Penang_FC 1-1 @selangorfc
Rafael Vitor meletakkan Penang di hadapan namun Nor Hakim Hassan menyamakan kedudukan buat Selangor.#LigaSuper2022 pic.twitter.com/I5BqUTUgj3
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 15, 2022
Hasil keputusan seri semalam menyaksikan Selangor menamatkan cabaran Liga Super 2022 untuk berada di kedudukan kelima dengan 30 mata maksimum telah dikumpul.