Situasi Di Melaka United Menguatkan Khabar Harith Naem Bakal Ke Perak?

Harith Naem Melaka United ke Perak

Pemain muda Melaka United, Harith Naem Jaineh ketika ini telah menjadi sebutan selepas ‘teaser’ pemain baharu Perak FC dikeluarkan petang tadi.

Perak dilihat bakal mengumumkan pemain baharu selepas memuat naik ‘teaser’ mengenai kehadiran pemain baharu, namun identiti pemain tersebut masih belum didedahkan sepenuhnya. Begitupun, beberapa sisi susuk tubuh pemain tersebut telah diperlihatkan menerusi video tersebut.

Ramai seperti dapat meneka pemain tersebut dengan nama Harith Naem antara yang disebut-sebut. Adakah benar beliau akan ke Perak?

Sebagai pemain Melaka United, tentunya ini adalah satu petanda terbesar mengapa beliau memilih untuk ke Perak. Skuad Hang Tuah sedang melalui masalah dalaman yang menggugat prestasi pasukan. Masalah tunggakan gaji juga menyebabkan slot mereka ke Piala Malaysia 2022 telah dibatalkan.

Malah, mereka juga berpotensi untuk tersingkir daripada saingan Liga Super 2023 selepas gagal mendapat Lesen Kebangsaan atas masalah tersebut.

Namun, mereka masih lagi diberi peluang oleh Malaysian Football League (MFL) untuk membuat rayuan sebelum tarikh akhir pada 19 Oktober 2022.

Dengan rentetan masalah dalaman sehingga menggugat peluang untuk bersaing di Liga Malaysia, masih adakah pemain yang masih mahu kekal?

Beberapa pemain import sudah tidak kelihatan kelibat mereka kecuali Ifedayo Olusegun dan mungkin ramai lagi pemain lain akan ‘angkat kaki’.

Ini tidak terkecuali dengan pemain berpotensi seperti Harith Naem yang merupakan produk Akademi Mokhtar Dahari (AMD) satu masa dahulu.

Berusia 20 tahun, situasi di sana sangat tidak membantu perkembangan kariernya selepas menyertai mereka pada awal musim dari Sabah FC. Walaupun beliau sudah tampil bermain dalam saingan liga musim ini beberapa kali – 147 minit permainan, namun ia dilihat masih tidak cukup.

Dengan bekas pengendalinya di AMD dan skuad B-16 negara satu masa dahulu, Lim Teong Kim sedang berada di Perak, mungkin ini peluangnya.

Bersama skuad B-16 negara, Harith telah dibawa ke AFC Championship 2018 dan Kejuaraan AFF pada tahun yang sama bersama-sama penyerang sensasi, Luqman Hakim. Di AFF B-16, beliau berjaya meledak dua gol.

Jika dilihat berdasarkan susuk tubuh pemain yang telah ditampilkan dalam video tersebut itu, nampak seakan-akan benar Harith adalah pemainnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN