Sebagai sebahagian dari kempen ‘No Room For Racism’ para pemain dari saingan Premier League akan kembali melakukan ritual melutut sebelum sepak mula setiap perlawanan pada minggu ini.
Para pemain dari saingan Premier League sebelum ini telah melakukan ritual tersebut selama hampir dua tahun, dalam usaha mereka menyokong kempen anti perkauman.
Selepas kematian seorang lelaki berkulit hitam, George Floyd di Amerika Syarikat pada tahun 2019 yang lalu, ramai pihak yang melakukan ritual tersebut sebagai tanda menyokong kesamaan dan menolak penindasan.
Racism is bigger than football. And it hasn’t gone away.
Taking the knee is about recognising reality and demanding change.
It’s a symbol of pride.
So if you’re a supporter. Support this.#NoRoomForRacism— Premier League (@premierleague) October 7, 2022
Walau bagaimanapun, sejak penghujung musim lalu, beberapa pemain merasakan yang ritual tersebut sudah hilang auranya dan pemain seperti Wilfried Zaha serta Ivan Tony menolak untuk melakukannya lagi.
Beberapa pemain lain turut sama menolak untuk melakukan hal tersebut dan ia kemudiannya tidak lagi menjadi rutin wajib yang perlu dilakukan oleh setiap pemain.
Selepas mengadakan perbincangan antara semua ketua pasukan dari saingan Premier League pada awal musim baru-baru ini, kesemua wakil bersetuju untuk melakukan ritual tersebut hanya pada waktu tertentu sahaja.
Premier League players will take the knee for matches between October 8-16 to highlight their ongoing commitment to tackling discrimination and promoting equality, diversity and inclusion. pic.twitter.com/D1JC2hAZvh
— ESPN UK (@ESPNUK) October 6, 2022
Berbanding melakukannya sebelum setiap perlawanan, hasil keputusan mesyuarat tersebut memutuskan yang para pemain hanya akan melakukan ritual itu ketika ada acara khas sahaja.
Menurut sumber laporan dari Mail Online, antara waktu khas yang dimaksudkan itu adalah pada hujung minggu ini.
Premier League pada minggu ini akan mempromosikan kempen ‘No Room For Racism’ dan para pemain akan melakukan ritual melutut sebelum sepak mula setiap perlawanan.
Walau ada pemain yang mungkin tidak gembira dan tidak mahu melakukan hal tersebut, namun dek kerana menyokong kempen anjuran Premier League, mungkin kesemua mereka akan melakukan hal tersebut.
Today's game is dedicated to the @premierleague's #NoRoomForRacism campaign.
Players will take the knee ahead of kick-off to show their unity against all forms of racism.#UnitedAsOne
— Newcastle United FC (@NUFC) October 8, 2022
Ritual itu pada awalnya dilakukan oleh bintang NFL, Colin Kaepernick pada tahun 2016 yang lalu dan beberapa bintang besar dalam dunia sukan turut sama melakukan hal tersebut selepas kematian Floyd.
George Floyd merupakan salah seorang lelaki berkulit hitam dari Amerika Syarikat yang terkorban kerana menjadi mangsa keganasan pegawai polis di Minneapolis.
Skuad England sendiri sememangnya tidak pernah berhenti melakukan hal tersebut, dengan mereka sentiasa melutut sebelum sepak mula semua perlawanan sejak dua tahun terakhir ini.
Our players will be taking the knee ahead of our next two @premierleague matches to highlight unity against all forms of racism. #NoRoomForRacism pic.twitter.com/KAzfHXY8jJ
— Everton (@Everton) October 8, 2022
Daily Mail pada Julai lalu turut melaporkan yang skuad kendalian Gareth Southgate itu memutuskan untuk terus melakukan ritual tersebut pada aksi Piala Dunia di Qatar nanti.
Para pemain dari skuad England yakin dan percaya ritual tersebut masih ada aura tersendiri dan kerana itu mereka memilih untuk meneruskannya.