Awal musim ini boleh dikatakan sesuatu yang agak sukar untuk dihadapi oleh bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo berdasarkan prestasi semasa beliau serta kedudukannya bersama Manchester United.
United ketika ini dengan yakin menyatakan penyerang kelahiran Portugal itu tidak akan meninggalkan kelab kerana tidak ada pasukan lain berminat mendapatkan khidmat Ronaldo.
Manchester United are confident Cristiano Ronaldo will stay at the club in January mainly because of a lack of interest in him, sources told @RobDawsonESPN 👀 pic.twitter.com/cSnvDt0uAU
— ESPN UK (@ESPNUK) October 7, 2022
Walaupun begitu, United sedia untuk membantu Ronaldo berpindah ke pasukan baharu bagi meninggalkan Old Trafford sekiranya penyerang itu masih lagi sukar mendapatkan tempat dalam skuad kendalian Erik ten Hag.
Pasukan itu juga sedar Ronaldo mungkin akan meninggalkan United pada Januari ini untuk mencari pasukan yang boleh menjadikan beliau selaku pemain utama dalam permainan.
Menurut undang-undang UEFA, Ronaldo dibenarkan untuk menyertai mana-mana kelab bertanding dalam saingan Champions League pada Januari ini untuk pusingan kalah mati.
Ketika ini, Ronaldo sudah pun beraksi dalam tiga perlawanan bersama United dalam saingan Europa Leagues musim ini termasuk perlawanan semalam ketika menentang Omonia.
Biarpun Ronaldo jelas ingin berpindah pada musim panas ini, sehingga kini United hanya menerima satu sahaja tawaran untuk mendapatkan khidmat bekas penyerang sensasi Real Madrid itu.
Hanya kelab yang berpangkalan di Arab Saudi sahaja setakat ini berminat untuk mendapatkan khidmat Ronaldo setelah ada tawaran telah dihantar kepada United.
Namun, tawaran tersebut telah ditolak bulat-bulat dengan Ronaldo dan United jelas tidak berminat untuk meneruskan lanjutan itu.
United juga masih belum menjelaskan secara rasmi mengenai nilai perpindahan pemain itu jika pemain tersebut keluar daripada pasukan tersebut pada Januari ini.
🚨 A club from Saudi Arabia has made €30M offer to Manchester United for Cristiano Ronaldo. The player has a 2-year deal worth €250M waiting for him.
Jorge Mendes would receive a €20M agent fee for making the deal happen. 🇸🇦💰
(Source: TVI/CNN Portugal) pic.twitter.com/Fb0CJNwsym
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) July 14, 2022
Spekulasi sebelum ini bertebaran dengan mengaitkan Ronaldo bersama beberapa kelab yang beraksi dalam saingan Champions League termasuk Napoli, Chelsea, dan Bayern Munich.
Tetapi, menurut United mereka belum pernah mendapat sebarang tawaran rasmi daripada mana-mana pasukan itu termasuk kelab lain.
Tambah ESPN, Chelsea mungkin antara pasukan yang mungkin akan mendapatkan khidmat Ronaldo setelah peralihan pengurus baharu telah dibuat sebelum itu.
Walaupun berjaya mendapatkan khidmat penyerang kebangsaan Gabon iaitu Pierre-Emerick Aubameyang pada lewat jendela perpindahan lalu, Graham Potter mungkin mempunyai rencana berbeza kepada Ronaldo.
Ronaldo bermula dengan agak buruk pada awal musim ini setelah beliau hanya meledak satu gol ketika aksi menentang Sheriff dan Ten Hag mengakui penyerang tersebut menghadapi sedikit masalah ketika ini.
Jelas Ten Hag, beliau memahami situasi sukar yang dihadapi Ronaldo kini, namun agak berat hati untuk melepaskan pemain tersebut pada Januari ini.
Erik ten Hag speaks on Cristiano Ronaldo's impact after the Omonia Nicosia game ⬇
"I think we created a lot of chances tonight" 🗣 pic.twitter.com/F73raIjWPH
— Man United News (@ManUtdMEN) October 6, 2022
Pengendali dari Belanda itu walaupun telah diberitahu mengenai kelab tidak akan membelanjakan sebarang wang sehingga musim panas ini dan melepaskan Ronaldo merupakan salah satu penyelesaiannya.