Tak Semua Suka ‘Perang’, Aremania Pernah Bantu ‘Sorok’ Ultras Malaya

Aremania berduka Ultras Malaya Lekir 2019

Dalam setandan pisang, tak semuanya busuk dan begitu jugalah kisah penyokong Arema FC, Aremania yang dikatakan merusuh sehingga terjadinya insiden di Stadium Kanjuruhan, yang meragut ratusan nyawa.

Sehingga kini, ketika artikel ini ditulis, dikhabarkan menerusi laporan oleh Detik.com, korban insiden keganasan itu sudah menjangkau 174 orang.

Semua di sana tahu bertapa panas suhu Derbi Jawa Timur antara Arema dan Persebaya Surabaya. Malah, kedua-dua penyokong saling membenci antara satu sama lain. Namun, insiden ini tidak melibatkan pergaduhan antara mereka. Ironi bukan? Ia antara penyokong Arema dan pihak polis.

Sebagaimana dalam perkongsian awal kami sebelum ini, dapat dilihat penyokong Arema yang diketuai Aremania sebenarnya tidak berpuas hati dengan kekalahan terhadap musuh ketat. Rekod tidak tewas selama 23 tahun di laman sendiri dipegang Arema akhirnya musnah pada 1 Oktober.

Ia berdasarkan kronologi yang dikongsikan penyokong Arema, Rezqi Wahyu.

‘Lebih 120 Kematian’ – Ini Kronologi Penuh Tragedi Berdarah Derbi Jawa Timur

Berpunca daripada tindakan sebilangan penyokong yang masuk ke dalam padang untuk berkonfrontasi dengan jurulatih dan pemain, ia menarik ribuan lagi untuk turut sama ‘terjun’ masuk ke lapangan seolah-olah menandakan ‘ribut’ bakal melanda. Ia mengundang polis melibatkan diri.

Dan semua tahu apa yang berlaku selepas itu yang meragut ratusan nyawa.

Ada yang menunding jari kepada penyokong Arema dan Aremania atas apa yang berlaku. Ada juga yang menyalahkan pihak polis atas nyawa yang melayang. Rasanya ini perlulah dihentikan buat seketika oleh semua pihak.

Tidak semua Aremania mahukan ‘peperangan’. Dan tidak semua pihak keselamatan mahu bertindak ganas. Ia lebih kepada emosi yang terlampau sarat membawa kepada sebilangan hillang waras dan tewas dengan emosi.

Ia membawa penulis kepada kisah bagaimana Capo Ultras Malaya, Lekir disembunyikan oleh majoriti penyokong Arema, Aremania ketika tiba di bumi Indonesia. Lekir dan Ultras Malaya menjadi buruan sebilangan penyokong Indonesia yang mahu ‘melenyapkan’ penyokong Malaysia.

Perseteruan Malaysia-Indonesia tidak perlu diceritakan, semua pastinya arif.

Jika benar mereka adalah entiti yang ganas, sudah pasti Lekir dan enam rakannya yang tiba awal untuk aksi Kumpulan G, pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 antara Malaysia dan Indonesia, sudah dikeroyok beramai-ramai. Malah, sebilangan Aremania yang membantu Lekir dan Ultras Malaya.

“Komrad kita ketika itu dalam 400 orang lebih. Tapi saya dengan enam rakan yang lain datang awal sehari. Saya berpegang yang baik. Tak semua penyokong Indonesia sebegitu. Ada sahaja sahabat yang baik.”

“Saya percaya kepada itu dan silaturrahim. Saya diambil di lapangan terbang dan di bawa ke rumah mereka. Kami berbual dan mereka sediakan bilik untuk tidur.”

Lekir, YouTube The Azman Adnan

Antara yang membantu Lekir di sana adalah wakil Aremania seperti Haji Budi termasuklah Ayah Rico dari Jakmania. Malah, Lekir dan Ultras Malaya turut menyambut dan membantu ketika mereka hadir ke Malaysia dalam pertembungan kedua-dua pasukan di Stadium Bukit Jalil, selepas itu.

“Namun, mungkin keberadaan saya di sana telah dikesan dan ada sekumpulan [penyokong] yang datang dan cuba ‘provoke’. Mereka berbincang sesama mereka.”

“Mereka tidak sukakan Malaysia, tidak sukakan Ultras Malaya dan juga Lekir. Tetapi seperti kata kawan saya di Indonesia, ‘walaupun dia musuh kamu tapi dia saudara saya’. Selepas selesai, mereka nasihatkan saya dan kawan-kawan tidak boleh terus berada di situ. Kena pergi ke tempat lebih ‘privacy’.”

Lekir, YouTube The Azman Adnan

Jadi, kisah tragis di Stadium Kanjuruhan wajarlah diambil sebagai teladan oleh semua pihak. Jangan termakan dengan emosi yang tidak waras agar pihak polis juga tidak membuat tindakan semberono membendungnya.

Salam takziah dan salam damai buat warga Aremania seluruhnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN