Kedah Darul Aman (KDA) gagal untuk meneruskan momentum kemenangan mereka dalam saingan Liga Super, apabila pasukan tersebut mencatat kekalahan 0-1 di tangan Petaling Jaya City (PJ City).
Keputusan tersebut meletakkan pasukan kendalian Aidil Sharin Sahak itu kekal di tangga keenam carta liga di belakang Kuala Lumpur City (KL City), dengan mengumpul 27 mata daripada 18 perlawanan dihadapi.
⚔ FULL TIME ⚔
FT | KDA FC 0 – 1 PJ City FC
⚽ 69' Ruventhiran#KDAFC #PulunKedahPulun #SangKenari #BiarJasaJadiKenangan #2022season #ligasuper2022 #KDAPJC #LS19 pic.twitter.com/W8SMbCIA7v
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) October 1, 2022
PJ City pula berjaya mendaki satu anak tangga untuk berada menerusi kemenangan keempat mereka pada musim ini setelah mengutip 20 mata untuk memintas Melaka United.
Jaringan tunggal daripada V. Ruventhiran pada separuh masa kedua cukup untuk mengesahkan kemenangan PJ City yang masih tidak tewas dalam empat perlawanan terakhir ketika ini.
69' GOL | Ruventhiran akhirnya memecahkan kebuntuan di Stadium Darul Aman!@kda_fc 0-1 @pjcityfc #LigaSuper2022 pic.twitter.com/jtwbq3uduU
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 1, 2022
KDA pula, jelas mereka menghadapi pelbagai masalah sepanjang perlawanan berlangsung yang menyebabkan pasukan ini dikejutkan oleh pasukan pelawat.
Terdapat beberapa faktor mengapa pasukan tuan rumah gagal untuk menemui keputusan positif pada perlawanan semalam ketika berdepan PJ City.
Kelonggaran pertahanan
Gandingan antara Marc Vales dan Akmal Zahir semalam jelas tidak begitu berkesan seperti kebiasaan aksi mereka sebelum ini, apabila mereka kerap membuat kesilapan tidak sepatutnya yang memberi ruang buat lawan mencipta sesuatu.
Selain itu, Ariff Farhan juga jelas tidak dapat mengawal posisinya dengan lebih berdisiplin, setelah ruang beliau kerap dieksploitasi lawan untuk menyerang.
Akmal Zahir juga beberapa kali hampir mencemaskan para penyokong KDA apabila tindakan beliau yang berada terlalu tinggi kerap diatasi lawan menerusi situasi serangan balas pantas.
Aspek teknikal
Secara keseluruhan, KDA wajar menyalahkan diri mereka sendiri apabila sering membuat kesilapan tidak sepatutnya seperti kesilapan hantaran serta kawalan bola yang mudah dipatahkan pihak lawan.
Dari segi penguasaan bola mungkin KDA tidak begitu bermasalah, namun mereka kerap kehilangan posisi apabila lawan mendapat ruang untuk melancarkan serangan sepanjang perlawanan berlangsung.
📸 Sorotan foto separuh masa pertama menentang PJ City FC.
HT | KDA FC 0 – 0 PJ City FC#KDAFC #PulunKedahPulun #SangKenari #BiarJasaJadiKenangan #2022season #ligasuper2022 #KDAPJC #LS19 pic.twitter.com/BgRAeBafwn
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) October 1, 2022
Pemain import yang diharapkan seperti Sanrawat Detchmitr dan Dechi Marcel juga gagal untuk memberi aspek lebih positif di bahagian tengah apabila kedua pemain tersebut kerap kehilangan bola serta membuat hantaran sia-sia.
Tiada kreativiti serangan
Sepanjang perlawanan berlangsung, KDA jelas begitu tumpul di bahagian serangan untuk mendapatkan gol meskipun mereka mempunyai beberap peluang terhidang.
Tanpa kelibat penyerang import iaitu Mahmoud Al-Mardi, pasukan ini jelas tiada kreativiti untuk mencipta serangan berbahaya ke kubu lawan.
📹 HIGHLIGHTS: @kda_fc 0-1 @pjcityfc
PJ City FC meraih kemenangan penting ke atas Kedah Darul Aman FC hasil jaringan Ruventhiran pada minit ke-69.#LigaSuper2022 pic.twitter.com/sTUXZ3ia63
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 1, 2022
Malah, penyerang utama tuan rumah iaitu Ronald Ngah Wanjah juga gagal untuk memberi ancaman berbahaya kearah kubu lawan menerusi tidak banyak percubaan berbahaya terhasil.