Iraq menampilkan permainan mudah tetapi efektif apabila kesemua jaringan mereka disudahkan dengan penyudah tap-in sahaja.
Mohannad Adbulraheem menjadi bintang untuk perlawanan ini apabila menyumbat kesemua gol yang terhasil pada perlawanan ini.
Gol-gol beliau semuanya terhasil pada minit ke-7, minit ke-25, minit ke-87 dan minit ke-90+4.
Ketika ketinggalan dengan jaringan 2-0, tugas Thailand semakin sukar apabila Korawit Namwiset dilayangkan kad merah selepas terlibat dalam konfrotasi dengan pemain pasukan Iraq.
Dengan kemenangan Iraq ini membuatkan Thailand menjadi satu-satunya pasukan yang tidak mengutip sebarang mata dalam kumpulan B untuk aksi Kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Asia.
Kesebelasan utama:
Iraq : Mohammad Hameed (penjaga gol), Ahmad Ibrahim, Mustafa Nadhim, Ali Adnan, Dhurgham Ismail, Waleed Salem, Ahmad Yasin, Mahdi Kamil, Saad Abdul Ameer, Mohannad Abdulraheem, Alaa Abdul Zahra
Thailand : Kawin Thamsatchanan (penjaga gol), Theerathon Bunmathan, Koravit Namwiset, Tristan Do, Kroekrit Thaweekarn, Sarch Yooyen, Tanaboon Kesarat, Chanatip Songkrasin, Pokklaw Anan, Teerasik Dangda, Mongkol Tossakai
Baca juga: Penjaga Gol Thailand Gantung Tangkal Di Pintu Gol, Muncul Hero Selamatkan Penalti Arab Saudi