Selangor FC hari ini telah mengumumkan nama Tan Cheng Hoe sebagai ketua jurulatih pasukan utama mereka yang baharu bagi menggantikan Nidzam Jamil yang sebelum ini berkhidmat sebagai pengurus interim kelab.
Bekas pengurus skuad kebangsaan Malaysia itu memiliki reputasi yang sangat baik dalam saingan Liga Malaysia selepas kejayaan beliau membawa Kedah menjuarai saingan Piala Malaysia pada tahun 2016 dan Piala FA pada tahun 2017.
Pengurus berusia 54 tahun itu sebelum ini turut dikaitkan dengan bakal mengurus beberapa pasukan dalam saingan Liga Malaysia, namun hari ini beliau secara rasminya telah diumumkan sebagai ketua jurulatih Selangor FC yang baharu.
Fuhhhh know2 Tan Cheng Hoe. Good luck coach! https://t.co/ZKy0Qi4X8h
— حاسيف (@hasiffazmi) September 24, 2022
Selangor FC hari ini memuat naik status di laman media sosial milik mereka untuk mengumumkan secara rasmi nama Tan Cheng Hoe sebagai pengurus baharu kelab.
“Selangor FC dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Tan Cheng Hoe sebagai Ketua Jurulatih pasukan utama yang baharu.”
“Selamat datang ke Selangor FC, Tan Cheng Hoe.”
Cheng Hoe sendiri sebenarnya sangat teruja untuk mengendalikan Selangor FC dengan beliau menyatakan bahawa:
“Bagi saya, Selangor FC merupakan satu Kelab yang berpotensi besar dengan adanya pihak pengurusan yang bagus serta pemain yang berkualiti. Saya berbesar hati untuk saya menabur bakti kepada pasukan ini. Kalau diberikan peluang, saya yakin ramai jurulatih mahu mengendali pasukan seperti Selangor FC. Ini motivasi terbaik untuk saya melaksanakan tugas sebagai jurulatih baharu pasukan,”
Selangor FC dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Tan Cheng Hoe sebagai Ketua Jurulatih pasukan utama yang baharu.
Selamat datang ke Selangor FC, Tan Cheng Hoe. 🔴 🟡 #MKLK #TCHKiniMerahKuning pic.twitter.com/j9oOvsdEof
— Selangor FC (@selangorfc) September 24, 2022
Jelas Tan Cheng Hoe menurut Selangor FC.
“Saya amat berterima kasih kerana diberi peluang untuk bersama dengan pasukan lebih awal bagi membantu saya membuat perancangan lebih rapi untuk musim hadapan. Saya yakin boleh membawa pasukan ke satu tahap lebih baik dengan kerjasama daripada semua pihak terutamanya para pemain, pihak pengurusan serta barisan jurulatih. Sama-sama berusaha keras untuk memastikan Selangor FC berada di landasan yang terbaik.”
“Dalam jangka masa yang terdekat ini, saya berharap pemain dapat faham dengan corak permainan yang akan saya terapkan. Di samping itu, saya juga perlu memahami setiap pemain dalam pasukan kerana setiap individu adalah berlainan, mereka mempunyai karakter dan cara bermain tersendiri, penting untuk saya tahu semua itu. Saya rasa kualiti yang mereka ada mampu membantu saya mewujudkan semangat juang tinggi dalam pasukan.”