SUKMA 2022: Terengganu Raih Ibu Segala Pingat Emas Tewaskan Pulau Pinang

SUKMA 2022

Skuad muda Terengganu menebus kekalahan skuad senior mereka di yang tewas pada perlawanan akhir Piala FA untuk menggenggam ibu segala pingat dalam acara bola sepak temasya Sukan Malaysia (Sukma) pada edisi kali ini.

Dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Terengganu menewaskan Pulau Pinang 2-0 untuk menafikan skuad Harimau Kumbang dari memenangi emas dalam acara ini.

Bagaimanapun skuad muda Pulau Pinang turun dengan impian tinggi untuk memburu ibu segala pingat selepas beberapa kali dikecewakan pada perlawanan akhir SUKMA sebelum ini.

Terengganu terlebih dahulu menguji pintu gol Pulau Pinang apabila ia bermula sepakan penjuru dari Muslihuddin Atiq yang hampir memerangkap penjaga gol Pulau Pinang, Azam Ramli namun beliau berjaya menepis keluar.

Terengganu terus menguji barisan pertahanan Pulau Pinang tetapi mereka dapat menyerap setiap asakan dengan baik.

Pulau Pinang yang tersentak dengan percubaan awal tersebut, terus melancarkan serangan demi serangan dalam usaha untuk mendapat gol awal.

Dengan permainan intensiti tinggi yang diterapkan, Pulau Pinang melakukan beberapa gerakan bahaya yang hampir membuahkan hasil.

Terengganu yang cuba menyekat gaya permainan laju Pulau Pinang agar mereka tidak dibolosi dari gerakan pantas pemain lawan.

20 minit berlangsung, anak-anak buah Akmal Rizal lebih menguasai permainan namun gagal menjelmakan jaringan.

GAMBAR: Cakap Sukan

Terengganu yang jarang melakukan serangan akhirnya peroleh jaringan pertama apabila tandukan ketua pasukan, Safwan Mazlan berjaya menewaskan penjaga gol muda Harimau Kumbang untuk meletakkan Sang Penyu di depan pada minit ke-24.

Tiga minit kemudian, Pulau Pinang hampir menyamakan kedudukan selepas serangan pantas yang dilakukan dengan gerakan cantik namun percubaan dari Zul Hisyam diselamatkan oleh penjaga gol Terengganu.

GAMBAR: Cakap Sukan

Terengganu hampir mengandakan jaringan selepas gerakan cantik dari Aqil Asyrah namum penjaga gol, Azam  sekali menafikan percubaan beliau.

Beemula babak kedua, skuad kendalian Badrol Afzan bagai mendapat tonik untuk terus menekan barisan pertahanan Pulau Pinang.

Pada minit ke-50, Aqil sekali lagi berpeluang untuk menjaringkan gol selepas hanya berdepan dengan penjaga gol sahaja tapi Azam sekali bertindak cemerlang menghalang percubaan itu.

Akmal Rizal yang melihat skuad kendaliannya ditekan cuba memberi arahan dan menukar strategi agar mereka kembali mengatur serangan dan dapatkan gol.

Sepakan percuma dari ketua pasukan Pulau Pinang, Danial Irfan hampir menjelmakan jaringan namum penjaga Terengganu lebih bersedia dalam percubaan itu.

GAMBAR: Cakap Sukan

Berbaki 20 minit terakhir, kedua-dua pasukan terus mempertingkatkan intensiti terutama Pulau Pinang dalam usaha mencari gol penyamaan.

Anak-anak buah Akmal Rizal dan Badrol Afzan saling berbalas serangan untuk mendapatkan gol.

Ketika Terengganu dalam fasa menyerang, mereka sekali lagi hampir mendapatkan gol melalui satu percubaan lambung dari luar kotak namum Azam menafikannya sekali lagi.

Perlawanan yang dilihat seperti akan berkesudahan 1-0 namun ia bertukar selepas tekanan yang dilakukan oleh pemain Terengganu menyebabkan pemain Pulau Pinang melakukan kesilapan sehingga pemain pertahanan mereka, Aidil Azuan memberi kelebihan buat Terengganu selepas terjaring gol sendiri.

Dengan kelebihan dua jaringan itu, Terengganu dapat mengekalkan kedudukan sehingga wisel penamat.

Pujian perlu diberikan kepada penjaga gol Pulau Pinang yang beraksi cemerlang dalam perlawanan ini untuk menafikan pelbagai percubaan dari pemain Terengganu.

Terengganu memperoleh pingat emas untuk acara bola sepak lelaki dengan Pulau Pinang memungut pingat perak.

Selangor yang menewaskan Wilayah Persekutuan pada petang tadi membawa pulang gangsa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN