Real Madrid meneruskan momentum kemenangan mereka kepada enam perlawanan berturut-turut setelah membenam cabaran pasukan jiran tetangga, Atletico Madrid dengan kemenangan 2-1 dalam aksi La Liga di gelanggang lawan.
Atletico Madrid yang terkenal dengan organisasi blok pertahanan mereka yang degil serta berdisiplin tidak mampu mengekang Real daripada menjaringkan dua gol dibabak pertama perlawanan, sebelum mereka berjaya merapatkan jurang dengan jaringan gol daripada Hermoso menerusi situasi bola mati di penghujung minit permainan.
Jadi, bagaimana Real berupaya memecahkan blok pertahanan Atletico yang padat dan berdisiplin tersebut? Analisis kami bakal merungkai segalanya!
Organisasi Pertahanan Atletico
Atletico memulakan perlawanan dengan sistem 3-5-2 dan mereka akan bertahan secara ‘mid blocks’ 5-3-2,
Fokus utama mereka adalah untuk menutup peluang lawan untuk menembusi bahagian tengah, dan memaksa lawan mereka untuk bermain di bahagian sisi padang, serta hantaran-hantaran jauh yang tidak efektif.
Namun apa yang menarik dalam organisasi bertahan mereka ini adalah, ‘front 2 players’ mereka yang diketuai oleh gandingan Joao Felix-Antoine Griezmann akan melakukan tekanan setiap kali ‘centre backs’ Real memiliki penguasaan bola.
Ini sedikit sebanyak memberikan kesukaran kepada Real untuk menyusun gerakan serangan mereka dengan teratur di fasa awal perlawanan ini.
Blok pertahanan Atletico juga kelihatan fleksibel, di mana struktur mereka akan berubah kepada 4-4-2, berdasarkan arah pergerakan bola serta kedudukan pemain lawan.
Cara Real memecahkan blok pertahanan Atletico
Bagi mengatasi tekanan yang dilakukan oleh pemain-pemain Atletico, Real memastikan mereka mempunyai lebihan pemain di fasa pertama serangan, dengan Toni Kroos kerap turun ke kawasan yang lebih dalam (deep area) bagi mencipta situasi ‘overloading’ untuk melepasi tekanan awal daripada pemain lawan.
Mereka turut menyediakan ‘width’ bagi melebarkan kedudukan pemain Atletico yang melakukan tekanan serta membuka lorong hantaran (passing lanes) kepada rakan sepasukan yang lain.
Organisasi ini disempurnakan oleh gerakan pukau (decoy movements) bagi memecahkan blok pertahanan serta kedudukan pemain Atletico yang sedang melakukan tugas bertahan mereka.
Kesemua aspek taktikal yang dinyatakan ini membantu Real untuk menjaringkan kedua-dua gol mereka dalam perlawanan ini.
Gerakan gol pertama Real Madrid dimulakan dengan ‘numerical advantages’ di garisan pertama serangan mereka dengan Kroos turun ke bawah bagi mencipta situasi 4 lawan 3 ke atas pihak lawan.
‘Width’ yang disediakan oleh kedua-dua ‘fullbacks’ Real menyukarkan pemain-pemain Atletico untuk menutup ruang hantaran kepada pemain ‘pivot’ mereka iaitu Aurelien Tchoumeni.
Ruang yang terbuka membolehkan Tchoumeni menerima bola dengan kedudukan badan yang terbuka tanpa sebarang tekanan.
Ruang di bahagian tengah terbuka setelah pemain-pemain Atletico bergerak ke bahagian sisi padang untuk menghentikan gerakan Tchoumeni, dan ini membolehkan Federico Valverde menyerang ruang tersebut menggunakan kemahiran gelecekan yang dimilikinya.
‘Decoy movements’ yang dilakukan Vinicius Jr menarik keluar ‘fullbacks’ Atletico bersamanya, sekaligus membuka ruang buat Ferland Mendy di bahagian sisi padang.
Mendy melepaskan hantaran kepada Rodrygo, sementara Vini bersedia untuk melakukan ‘decoy movements’ sekali lagi untuk menarik keluar ‘centre backs’ Atletico daripada posisinya.
‘Centre backs’ Atletico keluar daripada posisinya ekoran ‘decoy movements’ yang dilakukan Vini, sekaligus meninggalkan ruang di belakangnya.
Tchouameni melakukan hantaran kepada Rodrygo yang menyerang ruang yang terbuka di belakang barisan pertahanan Atletico.
Rodrygo menjaringkan gol pertama Real.
Organisasi serangan untuk gol kedua Real hampir menyerupai gerakan gol pertama mereka. Situasi 4 lawan 3 ke atas pihak lawan di garisan pertama mereka tercipta menerusi kedudukan Toni Kroos, namun kali ini, Luka Modric melakukan ‘decoy movements’ ini untuk menarik keluar pemain lawan bersamanya, sekali gus mencipta ruang buat Mendy di bahagian sisi padang.
Satu hantaran daripada Modric telah membelah lima orang pemain Atletico.
Kombinasi permainan antara Modric-Rodrygo membolehkan Real menyerang ruang di belakang barisan pertahanan Atletico.
Rodrygo memiliki kelebihan dalam aspek ruang dan masa untuk melakukan serangan.
Rembatan daripada Rodrygo menggegar tiang gol, mengakibatkan bola tersebut melantun ke kawasan ‘far post’ Atletico di mana Valvarde tidak diberikan sebarang kawalan dan tekanan.
Valvarde menjaringkan gol kedua Real.
Melangkah masuk ke babak kedua, Real memberi lebih penumpuan kepada aspek bertahan bagi melindungi kelebihan dua gol mereka yang dijaringkan di babak pertama perlawanan.
Mereka menyusun blok pertahanan mereka secara ‘mid blocks’ 4-1-4-1 bagi memberi kesukaran kepada Atletico untuk menembusi bahagian tengah, serta menunggu peluang terbaik untuk melancarkan serangan balas pantas.
Organisasi pertahanan Real yang berdisiplin ini menyukarkan Atletico untuk mencipta gerakan serangan berbahaya bagi menjaringkan gol sehingga mendapat perhatian daripada pengurus Atletico, Diego Simeone yang menyatakan mentaliti bertahan yang digunakan Real ini persis strategi sama yang mendapat kritikan luas ketika kempen kejuaraan La Liga Atletico di zaman Diego Costa mengemudi jentera serangan pasukan mereka dahulu.
Kemenangan ini meletakkan Real Madrid menerajui kedudukan liga di tangga teratas dengan 18 mata daripada enam perlawanan, diikuti Barcelona dengan 16 mata, manakala Real Betis dan Athletico Bilbao melengkapkan kelompok kedudukan empat pasukan teratas di carta La Liga.