Bekas pengendali Chelsea, Thomas Tuchel akhirnya membuka mulut buat kali pertama selepas disingkirkan oleh kelab tersebut.
Beliau akhirnya bersuara dengan menyatakan yang meninggalkan Chelsea adalah satu keputusan yang amat sukar untuk dilakukannya.
Pada Tuchel, Chelsea dan London adalah ibarat rumah baginya.
“Ini adalah satu kenyataan yang paling sukar untuk saya tuliskan – dan saya berharap saya tak perlu menulis ini bertahun lamanya. Saya kecewa yang masa saya bersama Chelsea kini sudah berakhir.
“Ini adalah kelab yang saya anggap sebagai rumah, baik secara profesional atau peribadi. Terima kasih yang tak terhingga kepada para staf, para pemain dan penyokong yang membuatkan saya berasa amat dialukan sejak pertama kali tiba di sini,” tulis Tuchel.
Tuchel menganggap masa bersama-sama Chelsea adalah cukup indah buat dirinya dengan beliau berjaya memperoleh kejuaraan Eropah bersama-sama mereka.
“Rasa bangga dan gembira yang saya rasa ketika membantu kelab memenangi UEFA Champions League dan FIFA Club World Cup akan kekal bersama saya selamanya.
“Saya terharu menjadi sebahagian daripada sejarah kelab dan memori sepanjang 19 bulan di sini akan sentiasa berada di tempat istimewa dalam hati saya,” tulis Tuchel lagi.
This is one of the most difficult statements I have ever had to write – and it is one which I hoped I would not need to do for many years. I am devastated that my time at Chelsea has come to an end. pic.twitter.com/0TTlUOjWDx
— Thomas Tuchel (@TTuchelofficial) September 11, 2022
Tuchel disingkirkan Chelsea selepas beliau gagal menewaskan Dinamo Zagreb dalam saingan Eropah.
Namun begitu, ada yang mengatakan punca sebenar Tuchel disingkirkan adalah kerana tidak bersetuju dengan pengurusan kelab untuk mendapatkan Cristiano Ronaldo.
Chelsea kini dibimbing oleh Graham Potter.