Neymar Anggap Van Dijk Sebagai Pertahanan Paling Kuat Dan Bijak Pernah Ditemui

Pemain bintang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar menganggap pertahanan kental Liverpool iaitu Virgil Van Dijk sebagai seorang yang sangat bijak di atas padang.

Pujian itu diberikan oleh penyerang dari Brazil tersebut setelah beliau pernah melalui pengalaman berdepan Van Dijk pada tahun 2018 di peringkat kumpulan dalam saingan UEFA Champions League.

Pada pertemuan pertama mereka di peringkat kumpulan, Liverpool terlebih dahulu mencatat kemenangan 3-2 di Anfield dengan Roberto Firmino muncul selaku wira untuk meledak gol kemenangan.

Namun situasi berbeza pula ketika aksi seterusnya di Parc des Princes dengan PSG kembali unggul mencatat kemenangan tipis 2-1 dan Neymar turut menjadi salah seorang penjaring gol.

Penyerang lincah itu menyatakan situasi bertemu Van Dijk di atas padang sentiasa memberi kesukaran buat dirinya kerana pemaim tersebut digambarkan sebagai sangat kuat dan bijak.

“Bermain dengan pertahanan seperti Van Dijk boleh dianggap sangat sukar buat diri saya ketika ini. Dia terlalu kuat dari segi fizikal serta seorang yang sangat bijak.

“Van Dijk sentiasa tahu bila masanya untuk merapati pemain lawan serta bijak melakukan terjahan dengan kemas. Itu yang memberi kesukaran buat pemain serangan lawan untjk melepasinya.

“Dia juga merupakan seorang pemain yang sangat bijak. Ini juga menjadi sesuatu yang amat sukar untuk seorang penyerang berdepan pertahanan yang bijak. Mereka tidak akan membuat kesilapan,” jelas Neymar menerusi Sport Bible.

Beberapa musim lalu, Van Dijk pernah digelar sebagai pertahanan terbaik dunia berdasarkan prestasi cemerlang beliau bersama Liverpool.

Namun segalanya berubah pada awal musim ini apabila pertahanan dari Belanda itu agak goyah aksinya bersama pasukan dan benteng Liverpool juga tidak dibolosi dalam satu perlawanan sahaja ketika menentang Bournemouth.

Bekas pemain Liverpool, Danny Murphy antara individu yang mengkritik keras Van Dijk terutama sekali aksi beliau yang agak teruk ketika saingan UCL baru-baru ini ketika kelab tersebut tewas di tangan Napoli.

“Van Dijk gagal untuk menaikkan lagi tahap beliau dengan lebih tinggi. Sebelum isu kecederaan melanda dirinya, pemain ini boleh dianggap sebagai pertahanan yang sangat baik pernah dilihat.

“Selepas pulih daripada kecederaan, Van Dijk gagal untuk memberi persembahan lebih baik seperti sebelum itu walaupun sentiasa dibawa turun beraksi,” ulas beliau.

Ketika ini Van Dijk masih lagi sukar untuk mendapatkan prestasi terbaik beliau seperti dulu dan para penyokong sentiasa berharap agar beliau mampu kembali positif seperti yang pernah dipuji oleh Neymar.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN