PSSI Dedah Infrastruktur Jakarta International Stadium Masih Kurang Memuaskan

Belum pun sempat aksi persahabatan membabitkan antara Indonesia menentang Curacao yang akan berlangsung tidak lama lagi, beberapa masalah sudah pun berlaku dari segi persiapan.

Menurut Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), mereka menyatakan salah satu venue yang bakal membabitkan aksi persahabatan tersebut sah akan dibatalkan.

Jakarta International Stadium (JIS) dikhabarkan bakal tidak digunakan kerana mempunyai beberapa masalah dari segi infrastruktur yang masih belum melayakkan ia digunakan menurut Setiausaha Agung PSSI iaitu Yunus Nusi.

Sebelum itu, JIS menjadi lokasi untuk perlawanan kedua antara Indonesia dan Curacao pada 27 September ini dan mendapat perhatian positif para penyokong negara tersebut.

Namun, setelah beberapa pemeriksaan dibuat oleh barisan Infrastructure Safety and Security PSSI, jelas stadium tersebut memenuhi syarat utama daripada segi infrastruktur.

Menurut PSSI, pelbagai aspek dikesan pada kawasan stadium tersebut yang menyebabkan mereka tidak membenarkan penggunaan kawasan tersebut pada masa terdekat dan perlu diselenggara terlebih dahulu.

Antara yang dikesan mereka ialah pagar di sekeliling stadium jelas masih tidak kukuh, kawasan letak kereta tidak begitu memuaskan, serta akses yang yang tidak begitu bagus di kawasan tersebut.

“Untuk membenarkan penggunaan stadium ini yang pastinya bakal menarik jumlah penonton yang sangat ramai, maka kami perlukan simulasi terlebih dahulu daripada 25% orang awam untuk kami mengkaji tahap keselamatan sesuai digunakan,” ujar Yunus Nusi menerusi Bola.com.

PSSI enggan untuk meneruskan langkah mereka menggunakan JIS sebagai pilihan utama perlawanan persahabatan tersebut setelah bimbang akan amaran daripada FIFA.

Selain itu, masalah lain yang dikesan mereka apabila stadium tersebut juga tidak mesra untuk pengguna bas bagi pasukan setelah kawasan yang disediakan tidak memenuhi syarat.

“Masalah kawasan siling yang agak rendah menyebabkan bas yang membawa pemain tidak dapat memasuki kawasan sepatutnya dan mungkin terpaksa berhenti di kawasan terbuka.

“Kami tak boleh untuk terus menggunakan stadium ini setelah mengesan banyak masalah dihadapi dan sekiranya diteruskan juga, FIFA mungkin akan memberi amaran kepada kami,” tambah Yunus Nusi.

Pada masa sama, Persekutuan Bola Sepak Curacao (FFK) terlebih dahulu telah mengumumkan JIS sebagai lokasi seterusnya bagi aksi kedua menentang Indonesia.

Menerusi kenyataan rasmi FFK, mereka menjelaskan JIS bakal menjadi lokasi rasmi kedua untuk aksi mereka nanti di Instagram.

“Panggilan para pemain ini adalah bertujuan untuk menghadapi Indonesia pada 24 dan 27 September ini di Stadium Gelora Bandung Lautan Api, manakala perlawanan kedua pula bakal berlangsung di Jakarta International Stadium, Jakarta,” jelas kenyataan tersebut.

Menurut info, Curacao bakal membawa 40 orang pemain mereka untuk aksi persahabatan ini menentang Indonesia.

Kedua pasukan ini bakal menggunakan peluang dua aksi persahabatan tersebut untuk menguji kekuatan masing-masing serta mengesan kelemahan yang ada.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN