Mungkin jika Kamal Azizi tidak sekental seperti dalam aksi tempohari, barangkali ATK Mohun Bagan lebih berpeluang untuk mara ke pentas final Inter-zon Piala AFC 2022 dan berjaya menumbangkan ‘The City Boys’.
Mengapa pujian harus diberikan terutamanya kepada Kamal Azizi selain organisasi pertahanan yang sangat berdisiplin dalam aksi malam tadi?
Seperti yang kita dapat lihat, ATK Mohun Bagan yang merupakan tuan rumah menggunakan koridor di sebelah kiri yang digerakkan oleh Liston Colaco untuk cuba memecah masuk ke benteng dan kubu kebal KL City.
Majoriti tekanan ke atas benteng oleh ‘The Mariners’ adalah daripada Colaco yang dilihat sangat lincah dan berbahaya dengan larian pantas.
Kamal Azizi.
That’s the tweet.
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) September 7, 2022
Tugas berat berada di bahu bek kanan pelawat, Kamal Azizi yang menjadi harapan untuk menjadi penghalang kepada gerakan Colaco. Dengan bermain bertahan sepenuh masa dan mengharapkan kepada serangan balas sahaja, tentunya tugas berat buat Kamal membendung Colaco.
Apa yang diberikannya dalam aksi tempohari amat baik apabila majoriti gerakan Colaco berjaya digagalkan olehnya sepanjang 90 minit beraksi.
Daripada lapan duel melibatkannya, beliau menang enam daripadanya – 75 peratus berjaya dalam perebutan bola sama ada di bawah dan udara.
Selain itu, beliau juga membuat empat ‘tackles’ selain empat ‘clearances’, selain satu ‘interceptions’. Kehebatannya juga setara dengan bek kiri, Declan Lambert yang turut sibuk membendung asakan ATK Mohun Bagan. Namun, asakan tuan rumah lebih berat di sebelah Colaco beroperasi tempohari.
Mengapa sumbangan Kamal perlu diangkat? Tanpanya, mungkin ‘The City Boys’ berpotensi untuk dibocori. Ini kerana, Colaco adalah pemain terbaik di Indian Super League (ISL) 2021/22 berdasarkan potensi untuk mencipta bahaya dengan gerakan bola di kawasan lawan – sebelah kiri ‘final third’.
Difahamkan juga, Colaco adalah ‘poster boy’ buat bola sepak India pada saat ini – meledak lapan gol dan tiga bantuan gol dalam saingan ISL. Di Piala AFC 2022 di peringkat kumpulan, Colaco juga mencipta sensasi meledak hatrik ketika membenam wakil Bangladesh, Bashundhara Kings.
Which players were the most threatening with their ball movement in the 21/22 Indian Super League?
The top 3 players last season:
🥇 Liston Colaço (ATK Mohun Bagan)
🥈 Adrián Luna (Kerala Blasters)
🥉 Greg Stewart (Jamshedpur)#JoyMohunBagan #YennumYellow #JamKeKhelo #ISL pic.twitter.com/jCE86OftmH— Ben Griffis (@BeGriffis) September 8, 2022
Beliau menamatkan saingan peringkat kumpulan dengan empat gol dan dua bantuan gol serta membantu ATK Mohun Bagan untuk menjuarai Kumpulan D. Mereka kemudian menanti pemenang untuk zon Asean.
Apabila pemain berusia 29 tahun itu berhasil membendung pemain muda dan lincah seperti Colaco, tentunya ia adalah sesuatu yang wajar diberikan penghargaan. Malah, benteng KL City pada keseluruhannya seimbang di bawah ‘commanding leadership’, Giancarlo Gallifuoco dan Irfan Zakaria.
Apa yang baiknya adalah KL City mencipta tiga peluang dan melakar jaringan gol menerusinya. Ini sudah cukup menggembirakan barisan pertahanan yang sibuk membendung asakan lawan yang ‘menggila’.
KL City mara ke final Inter-zon Piala AFC 2022 selepas mengatasi ATK Mohun Bagan 3-1 hasil kekentalan benteng pertahanan terutamanya Kamal Azizi yang menggagalkan terus fokal serangan lawan, Liston Colaco.