“Kami Jadi Bahan Ketawa” – Klopp Runsing Liverpool Lupa Cara Nak Menang

Liverpool Jurgen Klopp

Permulaan buruk Liverpool sejak awal musim nampaknya berterusan dalam aksi pembukaan kempen Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas dibelasah 4-1 di Napoli. Jurgen Klopp percaya The Reds tidak bermain sebagai satu pasukan ketika ini dan menggesa pemainnya segera bangkit.

Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut telah ketinggalan 3-0 pada babak pertama hasil jaringan penalti Piotr Zielinskidi awal perlawanan serta gol masing-masing dari Andre-Frank Zambo Anguissa dan Giovanni Simeone.

Liverpool bernasib baik tidak dibolosi dengan jaringan lebih besar pada separuh masa pertama selepas Alisson Becker menyelamatkan sepakan penalti Victor Osimhen.

Namun hanya dia minit perlawanan bersambung selepas rehat, Zielinski terus melebarkan kelebihan buat pasukan tuan rumah sebelum Luiz Diaz menyumbang gol saguhati untuk Liverpool.

Naib juara edisi lalu itu kini hanya menang dua daripada tujuh perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan musim ini dan Klopp percaya pasukannya tidak sepatutnya berada pada kedudukan ini.

“Ia sememangnya sukar untuk menerimanya, tetapi saya bolah kata ia sukar untuk dijelaskan,” ujar jurulatih warga Jerman itu dalam sidang media selepas perlawanan.

“Pertama, Napoli bermain dengan sangat baik dan kami pula sebaliknya. Ini adalah penjelasan pertama tentang kekalahan ini. Dua penalti yang dihasilkan pula menunjukkan sedikit tidak bernasib baik.

“Seterusnya dua gol yang kami bolos pula seolah-olah ‘lauk’ yang disediakan kepada mereka. Ia sememangnya tidak wajar dan kami pula sepatutnya bertahan dengan lebih baik.

“Kami tidak kompak secara defensif mahupun ofensif. Dengan Alisson di gawang, kamu jelas terlalu terus apabila dibolosi dengan tiga gol [pada separuh masa pertama]. Kamu boleh lihat di atas padang, kami tidak bermain sebagia satu pasukan. Sebab itulah kami tewas perlawanan ini.”

Untuk perlawanan seterusnya menentang Wolverhampton Wanderers dalam saingan EPL pada Sabtu ini, Klopp percaya skuad kendalian Bruno Lage itu mungkin menjadikan Liverpool sebagai bahan ketawa selepas melihat aksi pasukannya.

“Kami perlu bangkit semula,” tambahnya lagi.

“Terlalu banyak kekurangan, bukanlah dalam semua perlawanan, tetapi apa yang menariknya kami perlu lakukannya di pertengahan kempen EPL dan UCL ini. Kami perlu susun semula untuk menjadi lebih baik dalam segalanya.

“Kami akan bermain dalam masa tiga hari lagi menentang Wolves. Jika mereka saksikan perlawanan malam ini, mereka tidak akan berhenti gelak dan menganggap ini adalah masa terbaik [untuk tewaskan Liverpool].

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN