Tonggak Pertahanan Indonesia Terus Pamer ‘Taring’ Di Korea Selatan

Pemain pertahanan Indonesia, Asnawi Mangkualam terus mencipta nama beliau di Korea Selatan dalam saingan K-League 2 bersama Ansan Greeners, apabila beliau tampil membantu kelab tersebut memperoleh kemenangan.

Asnawi yang beraksi selaku pemain utama buat pasukannya ketika menentang Busan Ipark berjaya menyumbang satu bantuan gol pada perlawanan tersebut, sekaligus terus mengukuhkan nama beliau untuk berada dalam senarai kesebelasan utama selepas ini.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Ansan Wa itu, Ansan Greeners berjaya menewaskan Busan Ipark dengan keputusan penuh 3-1 untuk mengukuhkan kedudukan di tangga ketujuh.

Asnawi mula mempamerkan taring beliau pada perlawanan tersebut pada minit ke-35, setelah umpanan beliau berjaya disambar dengan baik oleh Choi Geon-joo untuk jaringan pertama mereka menurut Bola.com.

Pertahanan kental Indonesia itu memulakan pergerakan dengan sangat baik bersama rakan sepasukan ketika itu menerusi satu dua hantaran pendek bersama pemain gantian, Robson Carlos Duerte sebelum satu hantaran dibuat kepada Geon-joon yang tidak dikawal rapi.

Pemain berusia 22 tahun itu juga menjadi pencetus kepada kebangkitan Ansan Greeners untuk memenangi perlawanan tersebut, setelah sebelum itu mereka ketinggalan dengan satu jaringan lawan.

Namun Ansan Greeners berjaya mempamerkan siri kebangkitan yang menarik setelah dua gol lagi berjaya dihasilkan mereka pada separuh masa kedua dan terus mengesahkan kemenangan.

Musim ini boleh dikatakan Asnawi berada dalam prestasi terbaik beliau di Korea Selatan, apabila beliau semalam turut beraksi penuh sepanjang permainan.

Untuk rekod, Asnawi sudah pun beraksi sebanyak 24 perlawanan dan bekas pertahanan PSM Makassar ini juga sudah mencatat dua jaringan serta tiga bantuan gol.

https://twitter.com/mediovideo/status/1566337358517399552?s=21&t=u49xvraBHlTLVngjVanhWA

Dengan saiz fizikal yang bagus, kelincahan dalam permainan serta bijak menghidu peluang serangan, maka tidak hairan jika ada mana-mana kelab lebih bagus di Korea Selatan berminat untuk mendapatkan khidmatnya musim depan.

Perkara ini juga pastinya menggembirakan pengendali Indonesia, Shin Tae-yong untuk terus menilai prestasi semasa pemain ini sebelum mewakili pasukan negara.

Selain Asnawi, beberapa lagi pemain Indonesia berjaya mendapat tempat dengan baik bersama pasukan masing-masing di luar negara seperti Saddil Ramdani, Pratama Arhan, Elkan Baggott, Witan Sulaeman, dan Egy Maulana Vikri.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN