Pertahanan kiri Barcelona, Jordi Alba dilaporkan naik angin dengan pengurusan kelabnya sendiri apabila dirinya dikhianati.
Semuanya disebabkan apabila Alba mengetahui yang kelabnya secara senyap cuba menjualnya kepada pasukan lain.
Laporan di Sepanyol mendapati yang Barcelona sebenarnya dalam diam cuba menjual Jordi Alba kepada Inter Milan secara senyap.
Semuanya bermula pada beberapa hari lalu apabila ejen Alba, menerima satu panggilan telefon dari pihak Inter berkenaan potensi berpindah ke Itali.
Panggilan tersebut adalah terus daripada Pengarah Sukan Inter.
Dalam panggilan tersebut, ejen Alba mengatakan yang pihak Barcelona sendiri yang menawarkan pemain itu kepada Inter dan bukannya gergasi Itali itu yang mahu mendapatkannya.
Mereka melakukan sedemikian kerana mahu memberi ruang kepada pemain lain yang boleh didaftar terutamanyan Marcos Alonso dan Hector Bellerin yang berjaya disambar Barcelona pada penghujung jendela perpindahan.
Ejen Alba yang tidak mengetahui apa-apa mengenai perkara tersebut kemudiannya melaporkan hal tersebut kepada pemain tersebut lantas ianya menimbulkan kemarahannya.
Dikhianati
Selepas mengetahui perkara ini, Alba jelas sekali berasa dikhianati oleh kelabnya sendiri selepas cuba menjualnya tanpa persetujuan.
Alba yang sudah lama bersama-sama secara terang-terangan mahu menamatkan kariernya di Barcelona dan tidak pernah terfikir mahu meninggalkan Camp Nou.
Apa yang dilakukan oleh Barcelona ini jelas sekali menunjukkan hilangnya etika mereka sebagai sebuah kelab.
Seharusnya mereka lebih profesional dalam menguruskan hal pemain mereka.