Tular di Indonesia apabila seorang lelaki yang sedang beraksi untuk pasukannya tiba-tiba saja terpaksa pulang kerana diserang oleh isterinya.
Isterinya yang bertopi keledar masuk ke dalam padang lalu terus menarik lelaki yang dipercayai oleh suaminya ketika perlawanan sedang berlangsung.
Gelagat suami isteri tersebut kemudiannya menerima sorakan gemuruh daripada penyokong yang sedang menyaksikan perlawanan tersebut.
Lelaki tersebut dilihat berkeras untuk keluar dari padang, namun selepas tangannya ditarik dia akhirnya keluar dari padang.
Namun, reaksinya jelas sekali tidak disenangi kerana terpaksa melupakan perlawanan yang pastinya penting buat kariernya amatur pemain tersebut.
Dia cuba melarikan diri sekali lagi namun sayangnya ditarik tangannya oleh si isteri lalu mereka meninggalkan padang sepenuhnya.
Hati-hati main bola, kena mintak kebenaran dulu. Jangan sampai kena kutip atas padang. pic.twitter.com/dloUdLUy4o
— PU Nabil 🇲🇾 #Lawan (@NabilHussein) August 30, 2022
Wahai lelaki, ingatlah yang memang beras kita beli, tapi kalau isteri suruh balik maka pulanglah.
Pantang mundur kecuali isteri munculkan diri!