Shin Tae-yong selaku pengendali skuad kebangsaan Indonesia sememangnya diakui seorang yang sangat tegas serta seorang yang bersifat terbuka ketika memberi nasihat kepada para pemain.
Disiplin dan ketegasasan yang diterapkan oleh beliau setakat ini dilihat berjaya apabila tahap permainan Indonesia semakin meningkat kebelakangan ini.
Memantau dari pinggir lapangan! ⛳️#KitaGaruda #MeraihImpian pic.twitter.com/fEgSptJQoG
— PSSI (@PSSI) August 26, 2022
Ketika ini, pengendali dari Korea Selatan itu ditugaskan untuk melatih skuad kebangsaan bawah 20 (B-20) di Lapangan A Kompleks Gelora Bung Karno, Jakarta dan sempat memberi sedikit nasihat kepada pemain muda.
Antara pemain yang mendapat teguran daripada beliau ialah Ronaldo Kwateh, Kakang Rudianto, serta Hokky Caraka agar sentiasa merendah diri dan tidak besar kepala.
“Kepada Kakang, Hokky jangan sesekali bersikap sombong ya, Ronaldo juga sama, jangan bersikap meninggi diri, ingat,” jelas pengendali tersebut menerusi saluran Youtube rasmi Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI).
Tae-yong jelas mengingatkan kepada semua para pemain supaya sentiasa bekerja keras dalam sesi latihan tanpa mengira status senior atau junior.
Indonesia’s Ronaldo 🔥#KitaGaruda #MeraihImpian pic.twitter.com/IQMdmtE6Ne
— PSSI (@PSSI) September 10, 2021
“Sejak hari pertama sesi latihan lagi saya sudah ingatkan kepada semua pemain, baik yang sudah berstatus senior atau masih baru supaya sentiasa bekerja keras.
“Pada awal-awal latihan lagi Kakang antara pemain yang kerap dimarahi saya. Mungkin beliau bersikap tidak begitu serius kerana dirinya merupakan kapten pasukan.
“Untuk menjadi seorang pemain yang bagus, setiap pemain perlu berkorban segala diperlukan supaya pasukan sentiasa kukuh pada masa akan datang, khususnya buat pemain baharu,” terang Tae-yong.
Pada masa sama, Hokky selaku salah seorang pemain yang dipanggil menyertai latihan mengakui diriny sentiasa bersikap rendah diri sambil berharap untuk terus mendapatkan kepercayaan jurulatih.
“Saya akui ketika ini sangat gembira apabila mendapat kepercayaan pengendali untuk menjalani sesi latihan bersama. Saya harap banyak perkara positif dapat diambil ketika latihan berlangsung.
“Walaupun banyak pemain baharu dipanggil, kami tetap perlu bersikap rendah diri dan kembali bermula dari bawah.
Walaupun sebelum ini saya berjaya menembusi skuad dalam saingan Piala AFF, belum tentu untuk aksi AFC ini nama saya akan tersenarai lagi. Paling penting kami perlu sentiasa berusaha keras,” jelas Hokky menerusi CNN Indonesia.
Sehingga kini, Tae-yong sudah pun mengumpulkan 36 pemain untuk kem latihan pusat menjelang aksi kelayakan Piala Asia B-20 2023.
Tim U19 Indonesia jalani latihan perdana di Lapangan A, Senayan, Jakarta.
Semangat berlatih, Garuda Nusantara! 🔥#KitaGaruda #MeraihImpian pic.twitter.com/e6DxNAs2d3
— PSSI (@PSSI) August 26, 2022
Pengendali tersebut turut mendapatkan bakat baharu daripada Barito Putera yang beraksi di posisi serangan iaitu Rahmat Beri Santoso.
Indonesia bakal menjadi tuan rumah untuk aksi kelayakan tersebut bagi Kumpulan F pada 14 September ini yang berpusat di Stadium Gelora Bung Tomo, Surabaya.
Selain Indonesia, tiga lagi pasukan turut bersama dalam Kumpulan F iaitu Vietnam, Hong Kong, dan Timor Leste.