Erling Haaland dedah yang beliau sangat lega selepas Phil Foden akhirnya menghantar bola kepadanya ketika aksi bertemu Crystal Palace semalam.
Bintang kebangsaan Norway itu berjaya mencatatkan hat-trick dalam perlawanan tersebut dan beliau secara tak langsung menjadi wira kemenangan Manchester City.
Ketika awal Haaland menyertai Manchester City, beliau telah ditanya tentang gandingannya bersama Phil Foden di bawah kendalian Pep Guardiola.
Erling Haaland details emotions after Man City hat-trick as Pep Guardiola outlines impact on Phil Foden #MCFC https://t.co/ckL84PzrzZ
— Manchester City News (@ManCityMEN) August 27, 2022
Walaupun masih di usia yang sangat muda, namun Phil Foden tidak dinafikan lagi merupakan antara pemain midfield terhebat dalam dunia bola sepak hari ini.
Haaland sendiri pada ketika itu turut mengagumi Foden, namun beliau tetap menegaskan yang bintang berusia 22 tahun itu masih boleh berkembang lagi di masa hadapan.
Hujung minggu lalu, kata-kata Haaland mungkin ada betulnya selepas Foden dilihat terlalu tamak dan sukar untuk menghantar bola kepadanya.
Foden dihidangkan dengan beberapa kesempatan emas untuk menghasilkan gol namun beliau memilih untuk melakukan percubaan terus ketika aksi bertemu Newcastle United.
Haaland's been waiting for that Foden assist 😅 pic.twitter.com/n4lByb4wt5
— ESPN UK (@ESPNUK) August 28, 2022
Pada ketika itu juga, skuad kendalian Pep Guardiola itu sedang mendahului permainan 1-0 dan jika bukan kerana sikap tamak Foden, keputusan perlawanan itu mungkin saja tidak berakhir dengan seri 3-3.
Minggu ini, Haaland menjadi wira yang membantu skuadnya untuk bangkit selepas mereka ketinggalan 2-0 di belakang Crystal Palace.
Bekas bintang Borussia Dortmund itu berjaya menjaringkan tiga gol, sementara satu lagi gol dijaringkan oleh Bernardo Silva untuk membantu Man City menewaskan Palace 4-2.
Gol pertama Haaland dalam perlawanan tersebut adalah gol yang dihasilkan dari bola umpanan Phil Foden kepadanya.
Ketika ditanya tentang gol tersebut dan bagaimana gandingan beliau bersama Foden, Haaland kemudiannya bergurau menjawab yang beliau gembira bintang England itu akhirnya menghantar bola kepadanya.
Haaland's just about forgiven Foden for not passing to him at Newcastle pic.twitter.com/lNdGhCUi6a
— FootballJOE (@FootballJOE) August 28, 2022
“Foden akhirnya menghantar bola kepada saya, perasaan yang sungguh menakjubkan.”
Ia merupakan gol yang sangat penting dalam membantu Man City melakukan comeback selepas mereka ketinggalan 2-1 pada ketika itu.
Memandangkan Foden sudah mula menerima kehadiran Haaland dan sudi menghantar bola kepadanya, tak mustahil rasanya untuk melihat bintang Norway itu akan menjaringkan lebih banyak gol selepas ini.