Syihan Hazmi Beri Sebab Mengapa Enggan Peduli Tawaran Kelab Baharu Musim Depan

Penjaga gol sensasi Liga Super 2022, Ahmad Syihan Hazmi kini boleh dikatakan berada dalam prestasi terbaik beliau musim ini setelah dilihat cemerlang bersama kelab atau ketika mewakili negara.

Syihan yang memberi impak positif bersama Negeri Sembilan musim ini boleh dianggap sebagai salah seorang pemain tempatan yang sangat konsisten selaku penjaga gawang utama.

Maka, tidak hairan sekiranya diri beliau mula menjadi tumpuan kebanyakan pasukan lain yang pasti mahu khidmat Syihan untuk musim hadapan berdasarkan prestasi cemerlang dirinya ketika ini.

Namun ketika ini, pemain tersebut dilihat enggan memberikan perhatian mengenai cabaran beliau pada musim hadapan kerana mahu meletakkan fokus sepenuhnya bersama Negeri Sembilan.

“Saya belum memikirkan lagi mengenai musim depan kerana fokus saya ketika ini hanya untuk membantu pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) meraih kejayaan cemerlang dalam Liga Super dan Piala Malaysia tahun ini,” kata penjaga gol tersebut menerusi Harian Metro.

Walaupun begitu, Syihan mengakui dirinya kini sudah pun dihubungi oleh dua pasukan yang bersaing dalam aksi Liga Super dan tidak mendedahkan nama kelab tersebut.

“Memang ada pihak bertanyakan hal itu, tetapi saya jelaskan belum memikirkan lagi perkara itu kerana mahu memberikan tumpuan kepada pasukan Negeri Sembilan dalam menghadapi saingan Liga Super.

“Ada amanah dan tanggungjawab perlu dipikul ketika ini bersama Negeri Sembilan kerana masih terdapat baki lima perlawanan lagi yang perlu diharungi sebelum saingan Liga Super musim ini berakhir.

“Impian menjulang nama Negeri Sembilan dalam liga utama musim ini belum mencapai kemuncaknya dan fokus perlu diberikan sehingga ke penghujung saingan nanti,” katanya lagi.

Tambah Syihan, ketika ini beliau perlu untuk meningkatkan usaha bagi memantapkan lagi prestasi diri kerana kelab diwakilinya selepas itu bakal berhadapan lawan yang sengit iaitu Johor Darul Ta`zim (JDT), Kedah Darul Aman FC, Melaka United FC dan Sri Pahang FC.

Penjaga gol berusia 26 tahun itu juga mengakui dirinya perlu memberi kerjasama sepenuhnya kepada rakan sepasukan lain sekiranya mereka ingin menamatkan cabaran musim ini dengan kemenangan.

“Saya harus memberikan tumpuan terlebih dulu kepada tugasan penting dan mencabar ini kerana peluang Negeri Sembilan menamatkan saingan di tempat kedua liga masih terbuka.

“Saya berharap pasukan dapat menamatkan saingan di kedudukan yang baik dalam carta liga,” kata pemain kelahiran Kelantan ini.

Nama Syihan mula meniti di bibir para penyokong setelah kecemerlangan beliau ketika mewakili skuad kebangsaan bagi aksi Kelayakan Piala Asia 2023 sewaktu menentang Bangladesh.

Bersama Negeri Sembilan setakat ini Syihan berjaya membantu kelab beliau menduduki tangga ketiga carta Liga Super dengan 32 mata daripada 17 perlawanan.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN