Indonesia antara negara dari Asia Tenggara yang kini giat mendapatkan pemain naturalisasi serta warisan untuk memperkuatkan pasukan mereka di segenap posisi.
Antara yang memperkuatkan Indonesia kini seperti Sandy Walsh, Shayne Pattynama, Jordi Amat, serta beberapa lagi pemain berada dalam radar kejurulatihan, Shin Tae-yong.
Commission X of the Indonesian House of Representatives (DPR RI) decided to discuss the consideration of Indonesian citizenship for Jordi Amat, Sandy Walsh, and Shayne Pattynama in early September 2022. pic.twitter.com/RPx6iL1L7k
— footballIndonesia (@footballinanews) August 24, 2022
Namun ada juga beberapa pemain yang pada awalnya pernah tersenarai sebagai calon naturalisasi serta pemain warisan mereka tetapi tidak menjadi kenyataan disebabkan beberapa faktor.
Antaranya, pertahanan tengah dari Belanda yang pernah tersenarai sebagai calon pemain warisan Indonesia sebelum ini iaitu Kevin Diks yang beraksi bersama FC Copenhagen.
Pemain yang mempunyai susur galur dari Indonesia itu kini bakal beraksi dalam saingan UEFA Champions League (UCL) musim ini bersama kelab tersebut dalam Kumpulan G bersama Manchester City, Sevilla, dan Borussia Dortmund.
Seperti diketahui, FC Copenhagen merupakan juara bagi saingan Superliga di Denmark pada musim lalu, dan Kevin Diks menjadi antara pemain utama yang memainkan peranan penting kepada kejayaan kelab tersebut.
Kejayaan mereka muncul juara liga tersebut musim lalu membuka peluang untuk pasukan ini beraksi dalam saingan ‘play-off’ UCL 2022/2023 menentang Trabzonspor dalam dua pusingan.
Hasilnya, pasukan diwakili Kevin Diks berjaya memperoleh slot ke pusingan UCL kali ini setelah mengetepikan lawan menerusi keputusan agregat 2-1.
Kevin Diks juga dikhabarkan beraksi dengan sangat konsisten pada kedua-dua aksi tersebut untuk menyerap asakan pasukan lawan daripada membolosi mereka.
Pada asalnya, ketika pusingan pertama ‘play-off’ menyaksikan Kevin Diks tidak begitu efektif selaku pertahanan tengah apabila beliau kerap tewas dalam situasi satu lawan satu.
Namun, beliau mula mendapatkan rentak pada perlawanan kedua dengan banyak mematikan ancaman lawan selain tampil mencipta satu peluang buat pasukannya untuk mendapatkan gol.
Untuk Kevin Diks, ini bukan kali pertama beliau beraksi di saingan UCL, apabila beliau sebelum itu pernah mewakili Feyenoord pada musim 2017/2018 selain sempat bermain ketika mereka menentang Manchester City.
Untuk saingan kali ini, cabaran berbeza bakal dihadapi Kevin Diks, apabila pemain itu bakal menghadapi lawan baharu dan FC Copenhagen kini berada dalam Kumpulan G.
Kevin Diks 🔥
✅ 19 kampe
✅ 7 mål
✅ 5 assistBut who’s counting… 🤔#uecl #fcklive
📸 Getty Images pic.twitter.com/TO6LRdTumj
— F.C. København (@FCKobenhavn) September 30, 2021
Nama Kevin Diks ini bukan lagi suatu yang asing dalam arena bola sepak Indonesia, apabila beliau pernah menjadi tumpuan para penyokong di sana setelah disenaraikan sebagai calon pemain warisan.
Menurut Tae-yong ketika itu, beliau terpikat dengan aksi yang dipamerkan oleh pemain tersebut ketika beraksi bersama Fiorentina, namun proses tersebut tidak dapat menjadi kenyataan apabila mereka seolah-olah tidak berminat mewakili Indonesia.
“Kami memang menantikan empat calon pemain untuk dinaturalisasikan, namun Kevin Diks dan Mees Hilgers sehingga kini belum memberi kata putus.
“Akhirnya kami terpaksa membuat keputusan untuk menggugurkan nama kedua pemain ini daripada senarai pemain warisan kerana mereka dilihat tidak bersungguh-sungguh untuk beraksi buat Indonesia,” jelas EXCO Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) iaitu Hasani Abdulgani pada Februari lalu menerusi Bola.com.