PSSI Ambil Langkah Pantas, 3 Pengadil Digantung Tugas Selama 8 Minggu

Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) mengambil langkah pantas untuk terus memberi hukuman berbentuk penggantungan tugas kepada tiga pengadil bawah naungan mereka baru-baru ini.

Penggantungan lesen FIFA tersebut bakal dikenakan selama lapan minggu kerana kelalaian mereka dalam membuat keputusan pada perlawanan sebelum itu.

Ketiga pengadil yang menerima hukuman PSSI tersebut baru-baru ini ialah Fariq Hitaba, Yudi Norcahyo, serta Sance Lawita.

Menurut CNN Indonesia, ketiga-tiga individu tersebut antara daripada 18 pengadil FIFA yang telah digantung oleh PSSI setakat ini.

“Harapan PSSI agar pengadil mampu menjalankan tugas mereka dengan baik dalam semua peringkat perlawanan dihadapi mereka.

“Setiap pengadil yang menjalankan tugas dengan baik pastinya akan menerima ganjaran daripada kami. Namun, jika sesuatu yang buruk dibuat, pastinya kami akan memberi tindak balas lebih serius,” jelas Ahmad Riyadh selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengadil PSSI.

Menurut rekod, Fariq Hitaba digantung daripada bertugas kerana penilaian dibuat beliau sewaktu mengadil perlawanan membabitkan Bali United dan Persija Jakarta.

Pada aksi tersebut, Fariq tidak memberikan sepakan penalti buat Persija walaupun jelas salah seorang pemain lawan terkena bola di tangan dalam kotak penalti.

Pengadil kedua yang menerima hukuman pula ialah Yudi Norcahyo apabila mutu pengadilan beliau juga dinilai sangat teruk ketika perlawanan membabitkan Bali United menentang Rans Nusantara pada minggu kedua liga.

Disebabkan kecuaian Yudi, beliau telah digantung daripada menjalankan tugas sebagai pengadil selama lapan minggu.

Akhir sekali, pengadil yang turut dikenakan tindakan tersebut ialah Sance Lawita. Kesilapan beliau yang hanya melayangkan kad kuning pada aksi Borneo FC menentang Persebaya Surabaya telah membawa padah.

Ketika itu, Sance hanya melayangkan kad kuning kepada Kei Hirose yang merupakan pemain Borneo FC, walaupun pemain dari Jepun itu membuat kekasaran agak keras kepada pemain lawan iaitu Koko Ari.

“Pengadil sepatutnya lebih peka dengan keadaan sebelum membuat sebarang layangan kad. Sepatutnya pemain Borneo FC tersebut harua dilayangkan kad merah berbanding kad kuning.

“Ini kerana pemain tersebut sudah membuat satu terjahan sangat keras yang boleh memberi risiko kepada keadaan lawan untuk mengalami kecederaan teruk. Ini suatu kelalaian yang tidak perlu ada,” tambah Ahmad Riyadh.

Sehingga kini, sudah ada lebih kurang 18 pengadil yang sudah digantung tugas mereka daripada mengadili mana-mana perlawanan dalam saingan Liga 1 Indonesia.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN