Kejayaan membuat kejutan ke atas Chelsea tempoh hari pastinya menjadi malam indah yang sukar dilupakan buat pemain baharu Leeds United, Brenden Aaronson.
Dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung di Elland Road itu, bintang muda berusia 21 tahun itu berjaya mencuri bola dari Edouard Mendy selepas memberi tekanan dan memaksa penjaga gol terbaik FIFA 2021 itu membuat kesilapan.
Brenden Aaronson goal for Leeds United vs Chelsea. What a howler from Edouard Mendy. pic.twitter.com/N4aWmd6ykr
— ⚽⚽⚽ (@ElijahKyama_) August 22, 2022
Setelah mencetak jaringan pembukaan perlawanan, ramai yang tertanya-tanya siapakah kelibat pemain muda ini kerana mungkin namanya agak kurang dikenali dalam kalangan peminat bola sepak Eropah.
Permata dari Barat
Bermula dengan karier ‘biasa-biasa’ di negeri kelahirannya New Jersey, Amerika Syarikat (AS), September 2018 menjadi titik mula karier profesionalnya apabila diumumkan sebagai pemain baharu Philadelphia Union, kelab yang beraksi dalam kancah Major League Soccer (MLS).
Musim penuh pertamanya pada 2019 menyaksikan beliau diangkat sebagai ‘MLS Rookie of The Year’ selepas merekodkan tiga gol serta dua bantuan jaringan di mana beliau merupakan pemain termuda dalam kalangan lima calon finalis.
Tahun berikutnya merupakan musim terbaik buat Aaronson di negara Uncle Sam tersebut apabila beliau beraksi 31 perlawanan dalam semua pertandingan dengan menjaringkan empat gol. Malah namanya dipilih dalam kesebelasan terbaik MLS 2020 pada usia 19 tahun.
🗣Earning That Respect: Coach, Comeback, & Rookie 🔥
Union nab three finalists for year-end @MLS Awards 👉 https://t.co/oSVBTIqhnD#PhillyOrNothing | @AaronsonBrenden pic.twitter.com/V4bDE6kZLf
— Philadelphia Union (@PhilaUnion) October 14, 2019
Berkelana ke Eropah
Dengan prospek cerah yang dimiliki, maka tidak hairanlah mengapa jurulatih warga AS, Jesse Marsch bertindak menyuntingnya untuk dibawa masuk ke Red Bull Salzburg dengan yuran perpindahan yang dilapor sekitar $6 juta pendahuluan berserta $3 juta insentif tambahan.
Seorang lagi bintang muda AS yang berjaya dibawa ke Elland Road adalah Tyler Adams yang dipancing dari RB Leipzig.
Dari detik itu, Aaronson tidak lagi menoleh ke belakang. Tempoh kira-kira setahun lima bulan di Red Bull Arena dimanfaatkan sepenuhnya oleh pemain kelahiran New Jersey untuk menempa namanya di pentas Eropah.
Beraksi di bahagian tengah menyerang, beliau juga berupaya beraksi di bahagian sisi. Dengan kualiti inividu, kekuatan stamina serta karakter gigih yang dimilikinya menjadikan beliau pemain yang mahu dimiliki oleh setiap jurulatih.
Brenden Aaronson's first competitive goal for RB Salzburg was SPECIAL 💫🇺🇸
(via @ForTheFansHQ) pic.twitter.com/0lwK1RsSN5
— FOX Soccer (@FOXSoccer) February 10, 2021
Marsch yang berjaya menyelamatkan Leeds daripada risiko penyingkiran pada musim lalu terus diberi kepercayaan untuk memimpin kelab barat Yorkshire berkenaan.
Maka pengendali berusia 48 tahun ini tidak teragak-agak untuk sekali lagi mendapatkan khidmat bintang muda AS ini. Pada May 2022, Leeds United mengumumkan pembelian Aaronson dengan yuran perpindahan £24.7 juta bersama kontrak selama lima tahun.
Penutup
Ketika debutnya untuk The White dalam aksi pembukaan musim baharu EPL menentang Wolverhampton Wanderers, beliau telah diturunkan dalam kesebelasan utama yang menyaksikan pasukannya menang 2-1.
Apa yang menarik, jaringannya ke atas Chelsea tempoh hari menamatkan penantian kemarau kemenangan ke atas The Blues selepas 20 tahun.
Satu masa dahulu kita pernah menyaksikan kelibat pemain dari AS di pentas EPL seperti Tim Howard, Clint Dempsey, Brad Friedel dan Claudio Reyna.
Adakah Aaronson mampu meninggalkan impak yang sama? Masa akan menentukan.