Piala AFF 2022: Malaysia Tak Akan Jumpa Indonesia

Piala AFF 2022

Saingan bagi merebut Piala AFF 2022 pada tahun ini akan memisahkan dua seteru iaitu Malaysia dan Indonesia.

Semua ini berlaku selepas pihak AFF sendiri telah memisahkan dua negara tersebut dengan meletakkan Malaysia dan Indonesia dalam balang yang sama untuk undian kejohanan.

Menjelang kejohanan yang bakal diadakan pada akhir tahun ini, AFF telah mengeluarkan senarai negara dan balang mana negara-negara bertanding akan ditempatkan.

Dalam pendedahan tersebut, Malaysia dan Indonesia ditempatkan dalam Balang 2 untuk kejohanan kali ini.

Ini bermaksud, kedua-dua seteru Nusantara ini tidak akan bertemu dalam peringkat kumpulan pada edisi 2022.

Malaysia dan Indonesia perlu keluar dari kumpulan masing-masing untuk bertemu sesama sendiri di peringkat separuh akhir atau akhir.

Jika kedua-dua negara ini layak ke peringkat seterusnya, peluang untuk bertemu itu ada dengan skuad Kim Pan-gon pastinya hendak membalas dendam apabila menentang pasukan Shin Tae-yong ini.

Kali terakhir kedua-dua negara ini bertemu adalah pada edisi 2020 yang diadakan di Singapura dengan Indonesia membelasah Malaysia 4-1 pada perlawanan terakhir kumpulan.

Hasil dari kekalahan itu Malaysia tersingkir dari kejohanan dengan Tan Cheng Hoe kemudiannya mengundurkan diri daripada skuad kebangsaan.

Selain daripada Malaysia dan Indonesia, pasukan-pasukan lain juga sudah mengetahui balang manakah mereka ditempatkan.

Dua jaguh Asia Tenggara, Vietnam dan Thailand diletakkan dalam Balang 1 sementara Singapura dan Filipina di Balang 3.

Undian peringkat kumpulan untuk Piala AFF 2022 akan diadakan pada 30 Ogos jam 3 petang waktu Malaysia.

Berikut merupakan senarai penuh kedudukan balang bagi undian peringkat kumpulan Piala AFF 2022:

Balang 1

  • Vietnam
  • Thailand

Balang 2

  • MALAYSIA
  • Indonesia

Balang 3

  • Singapura
  • Filipina

Balang 4

  • Myanmar
  • Kemboja

Balang 5

  • Laos
  • Pemenang antara Brunei dan Timor Leste

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN