Johor Darul Ta’zim (JDT) dilihat sangat bersedia untuk perlawanan petang ini dalam aksi saingan 16 terbaik AFC Champions League (ACL) bagi berdepan cabaran tuan rumah, Urawa Red Diamonds.
Dalam aksi yang bakal berlangsung di Stadium Saitama petang ini, JDT sebelum itu sudah giat menjalani latihan bagi memperkukuhkan skuad serta memahami taktikal penting sebelum perlawanan berlangsung.
It's matchday!
⚽ JDT vs URAWA RED DIAMONDS
🏆 2022 AFC Champions League
🏟 Saitama Stadium, Japan
🕖 19:00#JDTvRED#AFCChampionsLeague#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/clwKs7VRVW— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) August 19, 2022
Selain bersedia dari segi kekuatan fizikal dan taktikal, JDT juga ditagih agar turut mempersiapkan diri mereka menerusi mentaliti masing-masing supaya tidak mudah mengalah bagi berdepan lawan mereka petang ini.
Perkara ini diakui sendiri oleh pengendali baharu mereka, Hector Bidoglio yang sangat kagum dengan kekuatan mental para pemain kendalian beliau, biarpun masih lagi baru menyertai JDT.
Bidoglio yang dilantik sebagai pengendali baharu JDT telah mengambil alih tugas yang ditinggalkan oleh Benjamin Mora, setelah jurulatih tersebut perlu menguruskan hal keluarga.
Menurut Bidoglio, beliau melaungkan rasa yakin akan kemenangan mampu dilakar oleh mereka sekiranya para pemain memberi tumpuan penuh sepanjang perlawanan.
“Ia pastinya aksi sukar dan kami tahu tentang itu. Sebab itu kami ambilnya secara serius dengan melakukan persiapan sebaik mungkin dan pemain sedia untuk perlawanan ini.
“Kami menekankan mentaliti pemain apabila kami ada skuad yang besar dan mentaliti yang kuat dan pemain cukup fantastik serta seorang insan hebat.
“Jadi kami menekankan kepada pemain betapa pentingnya perlawanan malam esok dan kami akan memperagakan aksi tersendiri nanti,” katanya pada sidang media praperlawanan semalam menerusi Arena Metro.
Battle ready ⚔️ Give it all you've got, lads.
More photos at https://t.co/HXiJ7oLRVi#AFCChampionsLeague#Roundof16#TrainingSession#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/8aFEg0VyTe
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) August 18, 2022
Sebelum itu, JDT telah pun melakar sejarah tersendiri dalam arena bola sepak negara, apabila mereka berjaya melepasi saingan peringkat kumpulan dalam kejohanan ACL, setelah muncul selaku juara Kumpulan I.
Walaupun begitu, kekuatan lawan seharusnya tidak boleh diambil ringan, apabila mereka mempunyai reputasi sangat baik dalam kejohanan ACL, termasuk muncul juara pada 2007 serta 2017.
Lebih menggerunkan, apabila mereka juga pernah mencipta sejarah tersendiri setelah memenangi tempat ketiga bagi saingan Piala Dunia Kelab FIFA pada 2007.
Pada masa sama, Bidoglio mengakui sudab mempunyai perancangan dan strategi tersendiri untuk memerangkap lawan, setelah pengendali tersebut mengakui sudah meneliti corak permainan Urawa Reds.
PRESS CONFERENCE | JDT VS URAWA RED DIAMONDS
More photos at https://t.co/QFlMFveBB9#JDTvRED#AFCChampionsLeague#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/pu3RfY1BMX
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) August 18, 2022
“Kami tahu pihak lawan gemar bermain dengan hantaran pendek, memulakan serangan dari tepi hingga atas dan mereka gemar memberi asakan awal.
“Jadi kami akan cuba memenangi bola dan mengawalnya dengan sebaik mungkin,” katanya.