Man United Sediakan Kontrak Jangka Panjang Untuk Casemiro

Selepas gagal untuk mendapatkan Adrien Rabiot dan Frenkie de Jong, Manchester United kini semakin hampir untuk mendapatkan Casemiro.

Pemain Real Madrid itu dikejar oleh United dalam misi untuk menguatkan bahagian tengah mereka.

Menurut Fabrizio Romano, United bersedia untuk menawarkan kontrak jangka panjang kepada Casemiro dalam usaha membawa pemain itu ke Old Trafford.

Difahamkan, kontrak jangka panjang itu adalah sehingga tahun 2026 dengan pemain dari Brazil itu ada pilihan untuk melanjutkan kontraknya setahun lagi.

Akan tetapi, ianya tidak hadir dengan mudah untuk mendapatkan pemain Brazil tersebut apabila United perlu menyediakan yuran perpindahan yang tinggi.

Difahamkan yang United perlu membayar sekitar €60 juta untuk membawa Casemiro ke England.

Bukan itu sahaja, nilai perpindahan juga dijangka akan meningkat secara keseluruhan apabila United perlu memberikan tambahan sebanyak €10 juta lagi.

Perpindahan yang perlu

Perpindahan Casemiro ke United merupakan gerak yang amat diperlukan oleh kelab itu untuk terus berjaya.

Dengan kehadiran pemain berkelas dunia seperti beliau, ianya akan memberikan suntikan kekuatan kepada United dalam usaha memburu kejuaraan.

Ianya sekali gus akan memberikan sebab untuk Cristiano Ronaldo untuk terus kekal di United kerana bekas rakan sepasukannya akan bersatu dengannya di Old Trafford.

Adakah perpindahan ini akan berjaya? Sama-sama kita nantikan apa yang bakal terjadi nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN