Penjaga gol Kedah Darul Aman, Ifwat Akmal mencuri tumpuan sekali lagi apabila semalam beliau telah ‘kantoi’ dimarahi pengadil.
Dalam aksi menentang Sabah di Stadium Darul Aman, Ifwat dilihat melengah-lengahkan permainan terutamanya ketika mengambil sepakan gol.
Tindakan Ifwat itu membuatkan pengadil Nazmi Nasaruddin tidak berasa senang lalu perlu memberikan amaran lisan kepada penjaga gol itu.
Nazmi mengingatkan semula kepada Ifwat yang seorang penjaga gol hanya ada enam saat sahaja untuk memegang bola.
Sebaliknya, apa yang Ifwat lakukan adalah mengambil masa dua kali ganda daripada itu iaitu sekitar 12 hingga 13 saat.
“Ifwat, pegang bola enam saat ja, hang pegang sampai 12, 13 saat,” kata Nazmi.
Apa yang diperkata oleh Nazmi itu berjaya dirakam dan disiarkan secara langsung ketika perlawanan dipancarkan ke seluruh negara semalam.
Anda boleh saksikan video di bawah: